berita

Terkejut Selebriti Kegemaran Buat Surprise Hantar McDonald’s Depan Rumah? Inilah Wajah Pemenang Peraduan #SelebHantarMeals

February 9th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Sebut sahaja McDonald’s, sudah pasti ramai rakyat Malaysia akan tersenyum. Mana taknya, jenama ikonik ini sering menyampaikan berita gembira serta melakukan ‘surprise’ buat para pelanggannya sejak dahulu lagi.

Sempena tahun baharu ini, McDonald’s telah hadir dengan sebuah kejutan yang membuatkan semua pelanggan setianya teruja dan tak sabar. Korang nak tahu tak kejutan apa yang pelanggan bertuah terima?

Khas buat kaki McDelivery

Haaa, untuk korang yang kaki McDelivery, bermula 1 Januari hingga 11 Januari 2022 yang lalu, McDonald’s telah menganjurkan sebuah peraduan iaitu #SelebHantarMeals. Menerusi peraduan ini, 12 orang pelanggan yang bertuah dapat bertemu dengan selebriti popular tanah air kegemaran mereka. Bukan setakat boleh berjumpa dengan artis kesayangan, enam orang selebriti tersebut turut menghantar pesanan mereka hingga ke pintu rumah. Sempoi!

Kalau korang nak tahu, McDelivery #SelebHantarMeals menampilkan abang-abang dan juga kakak-kakak delivery iaitu Hannah Delisha, Aiman Hakim, Zahirah MacWilson, Khai Bahar, Alif Satar dan Nabil Ahmad. Bayangkan Zahirah MacWilson dan Hannah Delisha tiba-tiba berada di hadapan pintu rumah korang dan tolong hantarkan pesanan yang dibuat? Memang tergamam habis la kan, ibarat mimpi jadi realiti!

Semua tersenyum sambil menikmati McDonald’s

Menerusi video kejutan #SelebHantarMeals, kesemua 12 pemenang bertuah kelihatan sangat terkejut dan gembira sebaik sahaja artis kegemaran mereka hadir di depan rumah sambil membawa hidangan McDonald’s bersama. Keenam-enam selebriti pun turut gembira kerana berjaya membuat kejutan terhadap pemenang yang bertuah itu. Kalau korang tak percaya, cuba tengok video di atas!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×