berita

Mahu Tetamu Datang Makan Berhidang, Yus Jambu Bakal Kahwini Model Di Majlis Kahwin Ala Kampung

April 16th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Yus

Aksi lawak Pak Yus yang bersahaja sentiasa mencuit hati peminat. Malah keputusan untuk bertanding dalam program realiti lawak iaitu Maharaja Lawak Mega seolah-olah menjadi batu loncatan buat jejaka ini untuk meraih populariti.

Kalau nak tau, Pak Yus atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu pernah bertunang dengan seorang gadis tetapi telah putus ditengah jalan.

Terkini, khabarnya Yus bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang model sambilan pada penghujung tahun ini.

Pc-Lawak-Ke-Der-3-27-630x420

Menurut sebuah portal hiburan, Yus dikatakan sudah mengenali gadis itu selama setahun dan kini sudah mula membuat persiapan untuk berkahwin. Lebih mengujakan, Yus sudahpun ada konsep untuk perkahwinannya nanti.

Persiapan tu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.

Selain mula membuat persiapan, Yus berkata dia memilih temakan ala kampung semasa resepsi sebelah pihaknya yang bakal diadakan di Perlis nanti.

Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok. Panggil orang-orang kampung dan kawan-kawan, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

Apapun, kami di OHBULAN! sentiasa mendoakan kebahagiaan. Perkara baik jangan ditunggu lama-lama untuk dilaksanakan. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×