Selepas tamat pengajian di universiti atau kolej, mesti ramai yang mahukan kerja yang bagus kan? Tetapi, pada zaman sekarang ini anda perlulah lebih berhati-hati kerana terdapat banyak sindiket penipuan yang memperdaya graduan baharu.
Malah ada juga pihak yang mengambil kesempatan seperti yang dikongsi laman Jawatan Kosong Malaysia ini. Mahukan pembantu peribadi tetapi syarat yang diletakkan agak melampau.
Tak nak yang kekok dengan lelaki
Jawatan kosong sebagai Personal Assistant (PA) yang diiklankan menarik perhatian ramai orang untuk memohon kerja, namun apabila dihubungi syarat yang ditetapkan agak melampau. Mahu yang tidak kekok dengan lelaki dan sanggup keluar outstation hanya berdua dengannya.
Outstation berdua sahaja
Berhati-hati ketika memilih pekerjaan. Manusia macam ni memang wujud. Mengambil kesempatan je, di bawah AKTA Buruh 1955 majikan boleh dikenakan tindakan tegas jika dilaporkan.
Ada yang pernah terkena
Kesian pula dengan golongan yang betul-betul mahukan kerja, lain yang diharapkan lain pula yang dapat.
sumber : Jawatan Kosong Malaysia