berita

Mahukan Anak Lelaki, Bapa ‘Gila’ Tembak Mati Bayi Perempuan

March 12th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang lelaki di Pakistan yang didakwa menembak mati bayi perempuannya berusia tujuh hari disifatkan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan. Difahamkan suspek bertindak sedemikian berikutan mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung.

Bunuh anak sendiri

Foto: Daily Mail

Menerusi laporan Daily Mail mangsa dikenali sebagai Jannat (bermaksud syurga dalam bahasa Urdu) dipercayai ditembak sebanyak lima kali pada Isnin yang lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan.

Suspek dikenali sebagai Shahzaib Khan dipercayai memasuki rumah berkenaan lalu meminta isterinya menyerahkan Jannat sebelum bertindak di luar kawalan dengan menembak mangsa sehingga mati. Suspek yang telah berkahwin selama dua tahun sempat melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditahan oleh pihak polis di daerah berhampiran.

Dianggap sebagai penghinaan

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, menerusi adat suku kaum Pakistan bayi perempuan dianggap sebagai penghinaan terhadap kaum lelaki. Susulan daripada itu, bapa saudara kepada mangsa, Hidayatullah Khan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ujarnya lagi, suspek dikatakan enggan menerima kehadiran anaknya sendiri dan tidak pulang ke rumah selepas mengetahui si isteri selamat melahirkan bayi perempuan. Ketika insiden tersebut berlaku Hidayatullah cuba menyelamatkan mangsa namun suspek bertindak mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara yang lain.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×