berita

‘Mai Nak Tengok Phone! Kenapa Gelabah?’ – Lelaki Kantoi Skodeng & Rakam Video Dalam Tandas Kedai Makan

December 16th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Kes gangguan seksual khususnya terhadap kaum wanita sering berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa. Golongan ini sering dijadikan mangsa oleh individu tidak bertanggungjawab semata-mata untuk memenuhi keinginan serta nafsu mereka.

Mengalami pengalaman yang sama, seorang pengguna Facebook Yasmin Ilyas ini menceritakan detik hitamnya apabila diganggu seorang individu ketika menggunakan tandas awam di sebuah gerai makan baru-baru ini.

Berlaku pada 13/12/19, kira-kira 6 petang

Lokasi: Kedai makan di Alor Setar (dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). Kronologi kejadian:

Habis kerja, aku dan rakan-rakan sekerja pergi minum dekat satu kedai ni. Memang selalu pergi kedai ni tapi tak pernah guna toilet dia. Cuma semalam aku rasa nak guna toilet dia dekat dalam kedai tu. Dalam tu ada sebelah kiri bilik air, sebelah kanan tandas. Sebelah menyebelah. Toilet kotor, geli nak guna tapi terpaksa.

Masa aku tengah guna toilet, aku dengar ada orang masuk bilik air sebelah. Tapi senyap tak ada bunyi air atau apa. Masa tu dah rasa tak sedap hati. Ada instinct something is wrong. Aku terdetik hati nak angkat kepala tengok atas ceiling tandas. Berderau darah aku! Terang-terang nampak phone warna merah dekat dinding pembahagi tandas tu dan kamera betul-betul menghala ke arah aku. I was shaking. Aku tak tahu nak buat apa.

Aku cuba nak capai phone tu tapi tak sampai. Aku buka pintu tandas dan aku perasan pintu bilik air sebelah tu berkunci. Masa aku masuk tandas awal-awal tu, bilik air tak ada orang.

Nak minta tolong orang

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki ni datang dan dia nak masuk toilet. Aku minta tolong dia, ‘Dik, boleh tolong ambik tak phone warna merah atas dinding tu? Akak rasa ada orang rakam. Akak tak dapat capai.’ ‘Takdak pun kak. Mana ada phone pun.’

‘Eh takkan takdak. Akak nampak ada phone tadi.’ Bila check balik, memang tiada. 5 saat lepas tu, ada seorang budak lelaki ni keluar dari bilik air. Aku terus ATTACK! ‘ Wei, hang dok buat apa dalam tu? Hang dok rakam orang dalam toilet ke? Mai nak tengok phone hang!’

He kept insisting, ‘Mana ada kak. Saya takdak bawa phone pun.’ Budak tu muka memang cuak. Dia cepat-cepat nak lari. (Anyway, budak laki yang masuk toilet tadi buat tak tahu ja dekat kami walaupun dia nampak aku perlukan pertolongan).

Aku tinggikan suara memang marah. ‘Mai nak tengok phone! Kenapa hang gelabah. Kenapa hang sembunyi phone hang?’ Dia tetap tak mengaku. Dia cuba nak lari. Dia kata dia nak kena pergi hospital melawat mak dia sakit.

‘Aku tak kira. Habis hang masuk bilik air tadi buat apa?’ ‘Saya ambik air sembahyang.’ ‘Hang bohong! Aku tak dengar bunyi air pun?!’

‘Air takdak kak. Pastu saya tukar baju.’ ‘Alasan bodoh apa hang bagi ni! Sekejap ambik air sembahyang, sekejap tukar baju. Mai aku nak check phone hang. Bagi sini!’

Pak cik, tolong pegang dia

Lepastu ada seorang pak cik ni datang, dia pekerja kedai tu. ‘Pakcik, tolong saya! Dia rakam video saya dalam toilet! Lepastu dia tak mengaku. Minta phone dia tak bagi. Kalau dia tak salah, kenapa dia nak sembunyi?!’

Pakcik tu senyap. Blur. ‘Pakcik, tolong pegang dia. Saya tak nak dia lari. Tolong check poket dia. Saya tak nak pegang dia. Saya geli. Jijik.’ Pakcik tu senyap. Dia tengok ja. ‘Pakcik! Kalau saya anak perempuan pak cik, takkan pakcik nak tengok ja. Pak cik tolong la saya, tolong pegang dan check budak ni!’

Pakcik tu masih senyap. Tak bergerak. Tak buat apa-apa. Budak tu sempat lari! Ah sudah… ‘Pak cik kenal ke dia siapa? Pekerja sini ke?’ ‘Ya pekerja sini.’

‘Siapa nama dia? Saya nak pergi report dekat manager atau boss kedai ni!’ ‘Rasanya nama dia Am. Boss ada dekat cashier.’ (Jujurnya aku sangat kecewa dengan budak lelaki yang nak masuk toilet tu dengan pak cik tu. Berdiam diri tak buat apa-apa. Lepastu sambung kerja macam biasa.)

Lepastu aku pergi jumpa boss kedai. Memang shaking from anger and menangis kuat la. Satu kedai tengok. Boss tu terus start motor pergi cari budak Am tu.

Budak tu lari, tak mengaku salah

Si Am bo**h tu lari. Salah sorang majikan dia (Kak A) boleh pulak defend dia kata si Am tu tak mcm tu. Kata kenal lama. Tak percaya dia buat mcm tu. ‘Ok sekarang ni kak, takkan saya nak buat cerita? Kenapa dia lari kalau dia tak buat salah?’

‘Sebenarnya kak tahu memang phone dia warna merah. Kak pernah nampak phone dia atas dinding tu juga sebelum ni. Tapi kak tak percaya dia ambik video.’ ‘Ya Allah kak, takkan dia saja-saja nak letak phone atas tu? Kalau nak letak situ, dia kena panjat kerusi. Tak logik kak. Kak kenapa defend dia? Takkan kak tak rasa malu kalau tengok-tengok selama ni memang dah lama dia buat kerja ni? Silap-silap video kak pun ada!’

Ok long story short, aku dan kawan-kawan standby dekat kedai nak tunggu si Am ni. Dia tak berani. Geng-geng kedai call dia tapi dia tak angkat. Orang sekeliling nasihat aku untuk settle cara baik dengan si Am ni kalau dia mengaku. Jangan report polis.

Siap bersumpah

After about two hours, si Am munculkan diri. Dia mati-mati tak mengaku. Bersumpah demi Allah, demi mak dia yang sakit, macam-macam lagi. Tetap tak mengaku. Dia bagi phone dia untuk kami check, memang apa-apa bukti tak ada. Dah delete. Of course lah, dalam masa dua jam dia lari tu macam-macam dia boleh buat. Delete semua bukti. Bab sebarkan tu wallahualam, tak dapat trace. Dia betul-betul kata dia tak bersalah kononnya.

Ok, fine. Aku ada point last. Ni memang aku elak nak guna tapi kalau berdalih mcm ni, aku terpaksa. ‘Aku tahu hang hisap dadah. Orang kedai ni habaq. Hang guna bilik air tu untuk hisap dadah juga kan? Kalau hang tak mengaku, aku report polis! Hang kena lagi teruk! Dengan kedai-kedai pun kena sekali. Jadi port pekerja hisap dadah.’

Muka dia terus berubah. Jackpot! Sekejap ja terus mengaku. Dia mengaku dia salah. Dia minta maaf. Kat situ ada 7 orang saksi yang dengar pengakuan bersalah dia. Dia ingat dia boleh lepas. Settle cara baik. Jangan report polis. Sorry to say, he’s battling with a wrong person.

Sumber: Facebook Yasmin Ilyas