Penyanyi Maia Estianty, baru-baru ini berkongsi berita duka mengenai pemergian anjing kesayangan yang dikenali dengan nama Eto.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Seorang Muslim’ – Pembantu Veterinar Rasa Tenang Belai Anjing, Netizen Minta Belajar Hukum

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bantu Selamatkan Anak Anjing – ‘Kalau Dibiarkan Kesian Pada Mereka’

Anjing peliharaan Maia Estianty mati

Menerusi hantaran di Instagram, Maia berkata Eto telah menemaninya selama 16 tahun selain menyifatkan haiwan itu sebagai ‘penjaga’ yang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.

Kamu menjadi penjaga paling setia di depan rumah. Setiap kali ada tetamu datang, kamu yang pertama memberi tahu.

Waktu itu rumah aku belum ada pengawal dan belum ada CCTV.  Tapi aku tidak pernah risau sebab ada kamu di depan pintu, menjalankan tugasmu dengan setia setiap hari. 

Malah, anjing peliharaannya itu juga pernah beberapa kali menyelamatkan keluarganya daripada perkara tidak diingini.

Ketika salah satu anak aku tertimpa musibah pun, kamu lah gonggong sebelum beritanya sampai ke aku.

Kamu bukan hanya anjing penjaga. Kamu bahagian dari perjalanan hidupku. Saksi dari begitu banyak hari, begitu banyak cerita.

Bagaimanapun Maia memilih untuk menutup ruangan komen hantaran tersebut untuk mengelakkan sebarang isu memandangkan dirinya seorang penganut agama Islam.

Sumber: Instagram Maia Estianty