Musim banjir meninggalkan banyak kesan buruk seperti peningkatan risiko terjadinya penyakit berjangkit.
Baru-baru ini, seorang doktor menerima pesakit berusia setahun empat bulan yang mengalami pendarahan di bahagian faraj.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Pihak Lelaki Sanggup Redah Banjir, Majlis Pertunangan Tetap Berlangsung – ‘Lautan Banjir Sanggup Ku Renangi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mydin Permudah Urusan Khairul Aming Bantu Mangsa Banjir – ‘Awak Boleh Ambil Seberapa Banyak Barang Yang Nak’
Lintah dalam faraj budak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang doktor dari Klinik Safwa Pasir Tumboh berkongsi kisah pesakit yang dirawat ketika musim banjir.
Ujarnya, faraj kanak-kanak itu dimasuki lintah selepas membuat imbasan X-ray.
Semalam tergempar dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 4 bulan datang ke kecemasan dengan pendarahan di faraj.
Dalam sehari, 2 ke 4 kali tukar lampin sebab pendarahan.
Bila periksa, tiada apa yang luka atau cedera. Sekali doktor kecemasan buat scan di bahagian pundi kencingnya ternampak lintah dah masuk sampai situ.
Ujarnya lagi, kanak-kanak itu difahamkan bermain air banjir dengan keadaannya yang tidak berlampin.
Dalam pada itu, doktor tersebut sempat menitipkan pesanan buat para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir.
Sumber: TikTok Klinik Safwa Pasir Tumboh