
Abang kepada usahawan dan pempengaruh Siti Jamumall iaitu Abiejam memberikan respon terhadap salah faham yang timbul berhubung dirinya dengan adik ipar, Aiman Tak Kesah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Jamumall Alami Depresi & Anxiety Selepas Cerai Kali Kedua, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Lepaskan Sahaja Lelaki Macam Itu’
Artikel Berkaitan: Lebih 20,000 ‘Mata’ Jadi Saksi, Siti Jamumall Bercerai Talak Dua Dengan Aiman Tak Kesah Secara ‘Live’
Respon abang Siti Jamumall
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, seorang individu mempersoalkan Abiejam tentang kenyataan Aiman sebelum ini.
Kenapa Aiman kata dia kena adil dengan abang? Abang main apa dengan dia?
Tidak berdiam diri, Abiejam atau nama lengkapnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, kemudian membalas persoalan tersebut dengan memuat naik foto Aiman berserta barang kemas.
Main emas je dengan Aiman.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap kenyataan ringkas Abiejam tersebut.
Mungkin maksud main itu live, malam live dengan Siti, pagi live dengan abang dia. Aiman mungkin penat, sebab tengah marah keluarlah ayat ‘main’.
Keluar ayat ‘main’ je dah fikir negatif, tolonglah cuci otak.
Kesian juga dekat Aiman, dia jadi mangsa keadaan.
Kena tanya Aiman juga, apa yang dia maksudkan.
Sebelum ini, nama Abiejam turut terpalit semasa pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak kali kedua. Aiman mendakwa dia perlu berlaku adil dan ‘bermain’ dengan Abiejam pada waktu pagi.
Terdahulu, Siti mengakui berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok Abiejam