berita

Main Game Boleh Beli Mustang, Gamers Pergi Ambil Kereta Pakai Selipar Je!

February 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Bagi peminat E-Sukan pasti mengenali pemuda ini, Faris Zakaria atau Soloz yang menempa nama sebagai seorang gamers berjaya. Pada mulanya dia bersama Mysterious Assassin dan pernah membawa kejayaan untuk skuad itu dalam MPL musim kedua. Sejak pertukaran jadual oleh MyA, Soloz pun membuat hala tuju sendiri dengan menyertai Air Asia Saiyan.

Kejayaan pemain itu memberi inspirasi kepada ramai anak muda bahawa hobi boleh bertukar menjadi kerjaya jika serius bermain. Terbaru, gamers ini sekali lagi membuat kejutan dengan memberi kereta mewah yang katanya secara tunai. Hebat kan?

Kini sepenuh masa di Air Asia Saiyan

Dia dikenali ramai sebagai assassin dan marksman sehingga mempunyai ramai pengikut menerusi laman Facebook dan Youtube milik nya. Dari laman tersebut, Soloz selalu berinteraksi dengan peminatnya yang kini mencecah sehingga 98,000 like di FB dan 131,000 subscribers di Youtube.

Buat pengetahuan ramai, Soloz lepasan pelajar jurusan diploma dalam bidang IT. Berkongsi mengenai kerjayanya, dia pernah menjadi juru elektrik sebelum mengambil keputusan menjadi streamer/gamer sepenuh masa. Fuh memang rezeki betul.

Mampu beli mustang cash

Hasil titik peluh akhirnya membuahkan hasil apabila gamers ini berkongsi kegembiraan memiliki sebuah kereta mewah Mustang hasil dari bermain permainan atas talian. Lebih membanggakan apabila gamers ini membelinya secara tunai.

Di Youtube, pengurus organisasi e-sukan popular, Team Bosskur Nureddy Nursal atau lebih dikenali sebagai Daddyhood memuat naik turut berkongsi video menemani Soloz melihat kereta idamannya. Mereka dilihat melawat kedai kedai mewah di Bangsar.

Dia turut memberi nasihat untuk kerja keras dan niat betul jika ingin berjaya seperti mereka dalam permainan e-sukan ini.

Ramai puji

Antara kejayaan Soloz

Apa apa pun memang terbaik lah, jadi lepas ini janganlah marah anak anak korang ingin menceburi bidang sukan permainan dalam talian ini. Mana tahu boleh buat duit macam Soloz.

Sumber : Daddy Hood Crew,  Twitter

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×