berita

Polis Mai Jemput Pi Sekolah…

July 19th, 2018 | by faris
Kini Trending

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Kata-kata hikmah berkenaan cukup untuk menerangkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam menentukan hala tuju dan masa depan anak-anak. Dengan didikan yang tepat, anak-anak sudah tentunya akan membesar menjadi insan berguna.

Namun, atas alasan sayangkan anak, ada ibu bapa yang hanya membiarkan anak tanpa nasihat dan tindakan wajar sehingga memerlukan campur tangan pihak lain.

Pelbagai cara ikut SOP digunakan akhirnya…

Viral di media sosial satu mesej di aplikasi Telegram mengenai seorang murid tahun 6 yang sudah ponteng selama 53 hari. Setelah segala prosedur standard operasi dijalankan oleh pihak sekolah, termasuklah guru sendiri ke rumah murid terbabit, akhirnya pihak sekolah mempunyai cara tersendiri menanganinya.

Murid berkenaan rupanya tidak boleh bangun pagi kerana bermain game di malam hari. Apa yang lebih parah, ibunya tidak sampai hati mengejutkannya untuk ke sekolah keesokan harinya. Pihak polis kemudiannya dihantar ke rumah untuk mengejutkan dan menghantar murid tersebut ke sekolah.

Elok mak ayah sekali kena angkut

Kesian nak kejut tu tak boleh brain

Netizen kongsi kegarangan ibu masing-masing

Sumber: Muhamad Nur Ismail, Nazri Ishak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×