berita

Main Redah Je Dekat Roundabout, Pemandu Kereta Biadab Langgar Penunggang Motor Dicari

March 16th, 2020 | by faris
Kini Trending

Walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan pemanduan berhemat, namun kemalangan masih boleh terjadi apabila berdepan dengan pengguna jalanraya tidak bertanggungjawab. Satu video kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal.

Pemanduan melulu

Kejadian terbabit berlaku pada Sabtu lalu 14 Mac kira-kira jam 4.09 minit petang di Bulatan Setia Jasa, Shah Alam, Selangor. Motosikal berkenaan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang telah dipandu melulu tanpa berhenti sebelum melalui bulatan berkenaan.

Akibatnya, penunggang itu terpelanting jatuh setelah kemalangan itu. Mangsa dan pembonceng mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Shah Alam.

Ibu minta bantuan orang ramai

Ibu mangsa, Nafisah Abdrahman menerusi Facebooknya menyeru saksi kejadian untuk tampil bagi menuntut keadilan buat anaknya yang patah kaki dan bahu.

Untuk membantu siasatan, polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi melancarkan proses. Orang awam yang menjadi saksi boleh hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Hasrul di talian 01131215697.

Sumber: Nafisah AbdrahmanMohd Redzuan Abdul Manap

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×