Perkara yang paling merungsingkan ibu bapa ialah apabila anak-anak tidak sihat. Perlunya perhatian yang khusus dari semasa ke sama lebih lebih lagi jika anak masih kecil. Tidak hairan lah ada sesetengah syarikat yang memberi banyak kelonggaran kepada pekerja jika anak mereka tidak sihat.
Andai hilang pekerjaan tak apa boleh cari kerja lain namun jika hilang orang yang tersayang, bagaimana mahu menggantikannya. Ikuti kisah lelaki ini tentang cara majikannya melayani kebajikan pekerja.
Contoh majikan yang baik
My boss sound tepek my colleague sebab masuk office ketika anak dia masih warded. Dengan nada yang sangat lantang my boss cakap pada my colleague tadi “go home now! You can lose your job but don’t lose your family”. Kami staff-staff yang lain turut dengar teguran itu pun tersedar betapa family ini lagi penting.
Kemudian suatu hari tu, saya introduced anak saya yang berumur 1 tahun to my boss ketika kami ada office’s event. My boss pun bercakap-cakap dengan anak saya. Dia pesan pada anak saya suruh ingatkan ayah jangan kerja kuat sangat, suruh ayah balik awal dan nasihat anak saya supaya pesan dekat ayah jangan stress sangat bila berkerja. Boss saya puji saya dihadapan anak saya. Anak saya berumur setahun je ok.
Ini adalah seni komunikasi yang patut ada pada seorang leader. Very impactful communication. Dia bercakap dengan orang lain, tapi seolah-olah dia bercakap pada kita. Sangat terkesan. Seni ini masih aku praktikkan dalam meeting, maki orang lain tapi yang terkesannya adalah opponent depan aku.
Sumber : Amir Zain