berita

Majlis Belum Bersurai, Mak Cik ‘Tapau’ Licin Makanan Kenduri Masuk Plastik

March 28th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Mungkin makanan yang dihidangkan kepada tetamu semasa majlis perkahwinan terlampau sedap, seorang wanita bertindak membungkus lebihan makanan yang berada di majlis tersebut.

Gelagat lucu ‘makcik’ tersebut berjaya dirakam pengunjung lain sebelum ianya dimuat naik di TikTok dan memperoleh 1 juta tontonan.

Licin satu dulang

Menerusi perkongsian video pengguna @Aayurahayuuuu, jelas kelihatan wanita tersebut sedang ‘sibuk’ mengambil makanan di satu ruang yang tersedia untuk dijamu ramai di sebuah majlis perkahwinan. Namun, wanita berkenaan bukan mengambil makanan untuk dimakan bersendirian, malah dibungkus untuk dibawa pulang.

Wanita tersebut dilihat memasukkan makanan dalam bilangan yang banyak ke dalam satu plastik berwarna hijau.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 67 ribu tanda suka, dan lebih 4500 komen. Rata-rata netizen terkejut dengan perbuatan tetamu itu yang disifatkan tidak beradab. Dalam pada itu, ada juga yang sempat berkongsikan pengalaman mereka bertemu dengan tetamu yang lebih kurang sama di majlis masing-masing.

Sumber: Aayurahayuuuu

SKIP THIS AD ×