berita

Majlis Hari Lahir Anak Che Ta Bikin Ramai Cemburu, Pernah Simpan Impian Nak Buat Tema Barbie – ‘It’s My Childhood Dream’

December 1st, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Sambutan ulang tahun kelahiran anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana yang bertemakan ‘Barbie’ telah mencuri perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aaisyah Kata Nak Tidur Pun Kena Cantik, Pakai Lipstic & Blusher’ – Che Ta

Sembilan biji kek

@rozitachewan1

Setaun sebelum birthday , dia dh bagi temaaaaaa .. senang kami tk yah pikiaq? . #aaisyahdhiarana #barbie #birthdaygirl #birthdayparty #cheta #rcw #anakcheta #inaicheta

? Barbie Girl – Tiësto Remix – Aqua & Tiësto

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat suasana sekitar majlis ulang tahun Aisyah di mana dia mengenakan baju berwarna merah jambu.

Majlis tersebut bertambah meriah apabila terdapat sembilan biji kek sebagai simbolik usianya yang kini berusia sembilan tahun.

Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyatakan Aisyah sudah menyenangkan kerjanya kerana telah memberikan tema ini sejak tahun lepas lagi.

Setahun sebelum birthday , dia dah bagi temaaaaaa .. senang kami tak payah fikir. 

‘Impian semasa kecil’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sambutan hari lahir Aisyah merupakan impian ramai kanak-kanak perempuan.

Malah, ada juga menyifatkan kehidupan mewah Aisyah juga menjadi salah satu impian mereka sewaktu kecil.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×