Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila berdepan dengan situasi di mana seorang kenalannya enggan melunaskan hutang berjumlah RM40,000.

‘Janji ke janji dah setahun lebih dah ni’

Menerusi luahan yang dikongsikan di Instagram, Farah berkata individu berkenaan pernah mengadakan majlis perkahwinan yang cukup meriah namun tidak menunjukkan usaha untuk membayar kembali hutang yang dipinjam.

Kemain meriahnya majlis kahwin siap sampai malam, ada pentas, nyanyi-nyanyi dan bunga api bagai tapi hutang RM40k tak dapat bayar dari alasan ke alasan, dari janji ke janji dah setahun lebih dah ni.

Farah turut mendedahkan bahawa dirinya memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan secara sederhana bagi menjimatkan kos, berbeza dengan kenalannya itu yang sanggup berbelanja besar.

Aku yang bagi hutang pulak majlis nikah sekalikan dengan kenduri dua-dua belah pihak sebab nak jimat. Majlis resepsi buat hi tea je, pelamin dan deco minta kawan-kawan tolong buatkan, baju kahwin beli shopee tak sampai RM100, emcee ke PA system apa bagai pun tak ada.

‘Dia larikan diri ke luar negara’

Tambah Farah lagi, walaupun mempunyai perjanjian bertulis lengkap namun proses undang-undang agak rumit malah individu berkenaan juga didakwa telah melarikan diri ke luar negara.

Memang aku buat agreement siap duty stamp bagai, tapi kalau dah libatkan legal process ni jadi renyah kan, member pulak pandai dah larikan diri ke luar negara.

Parents, abang member pun aku dah hubungi dan aware pasal ni, dan dah aware juga pasal aku akan buat ‘public exposure’ kalau masih liat nak bayar. Dorang ajak jumpa, tapi aku refuse, sebab aku nak semua perbincangan melalui ‘text’ supaya ada bukti bertulis.

At least bayar sikit-sikit pun nampak lah effort tu tapi ni sampai aku yang segan dan penat nak minta bayar balik.

Sedih, friendship dan flexibility tak dihargai.

Sebagai langkah terakhir, Farah berkata dia akan memberi tempoh seminggu kepada pihak berkenaan untuk tampil menyelesaikan isu tersebut sebelum dia mengambil tindakan undang-undang dan mendedahkan bukti-bukti yang dimilikinya.

Nama member start dengan H, ayahnya M. Orang kenal-kenal juga tu di Terengganu ni. Ni aku buat muqadimmah dulu, masih cuba nak jaga aib member dan keluarga dia.

Banyak bukti dan screenshot aku boleh reveal tapi nanti lah, tunggu seminggu kalau masih tak ada tindakan aku make move dan start legal process.

Kepada HM dan family, I hope this finds you guys well and I appreciate your prompt action and understanding.

Sumber: Instagram Farah Lee