Pengarah, Yusry Abdul Halim, 48, berbesar hati dapat menghadiri penyampaian rasmi Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan di Istana Negara, semalam.
Pelakon dan penyanyi itu juga telah menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
Tanda menghargai penggiat seni
Terdahulu, ketika Hari Wilayah 1 Februari, pengarah tersebut antara 335 penerima yang dipilih untuk menerima penganugerahan itu termasuklah Datuk Nora Ariffin serta Datuk Habsah Hassan.
Yusry menyatakan bahawa penganugerahan ini ada bersempena Hari Wilayah 2021 yang tertunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan malah ianya juga adalah anugerah yang sama untuk penerimaan gelaran Datuk.
Penganugerahan ini bersempena Hari Wilayah 2021 tempoh hari. Ia kerana majlis tertunda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika itu.
Ini anugerah yang sama untuk penerimaan gelaran Datuk itu. Cumanya majlis baharu dapat diadakan pada harini
Ujar Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar, penganugerahan tersebut adalah sebagai tanda menghargai sumbangan yang besar penggiat seni termasuklah budaya terhadap lapangan mereka.
Turut kelihatan hadir menemani beliau di Istana Negara adalah isterinya Datin Lisa Surihani menerusi posting di Instagram, beliau juga menyatakan rasa syukur terhadap pencapaian suaminya itu.
Sumber: Harian Metro