Majlis perkahwinan pelakon jelita, Ezlisa Loy meraih perhatian dengan keunikan tema dan aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis.

Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz

Artikel Berkaitan: Kereta Tersadai Tepi Jalan Raya, Adik Seloroh Elfira Loy Tak Reti Isi Minyak

Pendirian tegas

@thekhulafastudio

We had fun during portraiture session with @Ezlisa Loy & Hafiz! Heres some of the shot that made it here for you guys hee, more photos coming soon!

♬ Love flower – Seon Gyu Lee

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ezlisa, atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy dilihat sedang menjalani sesi bergambar bersama suaminya, Hafiz Azizi.

Pada video berdurasi selama 18 saat itu, Ezlisa dipuji tegas dengan pendiriannya bagi menentukan yang terbaik di hari istimewanya.

Selain itu, warganet turut kagum melihat dekorasi yang dipilih bagi majlis perkahwinan pasangan itu yang bertemakan ‘Verdant Eden’.

Majlis unik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keseluruhan dekorasi yang dibantu oleh Sanggul Event bagi menjayakan majlis perkahwinan Ezlisa dan Hafiz.

Sumber: TikTok @khulafastudio