berita

Mak Afiq Kurang Siuman Kot? – Eina Azman

May 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nur Eina Azman Yang Hot Semakin Diminati di Bibir Peminat-01

Ingatkan dah habis kontroversi melibatkan Afiq Muiz, ibunya dan Eina Azman, tapi rupanya makin teruk pula jadinya.

Eina khabarnya akan tetap menyaman ibu Afiq, Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sebelum ini, Eina memberikan tempoh selama tujuh hari kepada ibu Afiq untuk meminta maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan fitnah ke atas dirinya. Malah, Afiq sendiri tidak menghalang hasrat Eina untuk menyaman ibunya.

Afiq okay saja. Afiq pun ada cakap dengan Eina, Eina perlu pertahankan hak Eina sebab ibu Afiq dah memalukan Eina tanpa bukti yang kukuh.

Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. Tapi Eina rasa mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tak takut. Sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan.

Menurut Sinar Harian Online, Eina mempunyai bukti kukuh untuk menyaman Hasliza dan menyifatkan kontroversi yang ditimbulkan oleh Hasliza sebagai murahan.

Kita teruskan juga saman. Kita tengoklah nanti siapa menang, siapa kalah. Mak dia memang tak ada bukti. Apa yang dia cakap adalah fitnah.

Fuh! Makin dahsyat pulak isu ni. Cepat-cepatlah mereka jumpa jalan penyelesaian dan semoga kebenaran terserlah jua satu hari nanti.

SKIP THIS AD ×