berita

‘Mak Aku Kerja Cleaner Sekolah’ – Lihat Bagaimana Murid Darjah 3 Ini Hargai Kerja Tukang Cuci

August 30th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tidak dinafikan, bekerja sebagai seorang tukang cuci sering kali dipandang rendah oleh orang ramai. Jasa dan keringat mereka membersihkan kawasan jarang sekali diberi penghormatan seperti ucapan terima kasih.

Namun berbeza pula dengan murid sebuah sekolah jenis kebangsaan cina apabila mereka mengutuskan surat berterima kasih kerana mencuci tandas dengan bersih. Siap hadiahkan biskut Oat Crunch lagi, comel betul!

Kerja dan usaha mak dihargai

Semalam dapat biskut oat crunch hari ini pula dapat cebisan luahan rasa seorang anak kecil darjah 3 siap dengan lukisan. Me dan makcik cleaner.

Pengguna Twitter, Khairunnisa Afifah meluahkan rasa terharu apabila ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci menerima sebuah lukisan beserta biskut sebagai perhargaan. Tindakan mulia pelajar itu jelas sekali menggembirakan hati ibu apabila ibunya memuatnaik foto di Whatsapp Story.

‘I like our bathroom’

Makcik, you wash the bathroom so clean. You keep some water in the bin, when there were no water and you always mop the floor so clean that we can’t see the foot prints. You wash the toilet so clean that we can use goodly. I like our bathroom.

Di dalam surat yang diutuskan seorang murid darjah 3, dia berterima kasih kerana telah membersihkan tandas dengan baik sekali. Jika tiada air, makcik siap-siap menadah air di dalam baldi untuk kegunaan mereka. Malah, lantai dimop sehingga tiada langsung kesan tapak kaki pelajar.

Dari budak darjah 3

Di ruangan balas, netizen kagum dengan ajaran ibu bapa murid supaya menghormati dan menghargai setiap lapisan masyarakat. Mereka turut merasakan ibu gadis ini bekerja dengan ikhlas sehingga ramai yang menghargai usahanya.

Sumber : Khairunnisa Afifah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×