berita

Mak Ayah Dah Tiada, RidzOkumura Sebak Dengar Takbir Raya – ‘Saya Bawa Keluarga Bercuti Di Maldives Tahun Ni’

April 8th, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Pengusaha salun rambut terkemuka iaitu RidzOkumura memberitahu dia dan keluarga akan berangkat ke Maldives hari ini sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri RidzOkumura Bangun Jam 2 Pagi Siapkan Menu Sahur, Netizen Tergamam Lihat Hidangan Persis Di Hotel Mewah

Bercuti di Maldives

Menerusi temu bual bersama OhBulan! RidzOkumura memberitahu dia melakukan persiapan ala kadar pada tahun ini kerana akan berangkat ke Maldives dua hari sebelum hari raya.

Sebenarnya setiap tahun kami tak raya sebab mak ayah dah tiada. Saya tak boleh dengar laungan takbir hari raya. Saya jadi sedih. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk bawa isteri dan anak keluar dari Malaysia.

Kami akan berangkat hari ini. Seminggu selepas itu baru kami balik dan beraya di sini.

Disoal mengenai baju raya, RidzOkumura berkata, dia menyerahkan hal tersebut kepada isterinya 100 peratus.

Baju raya semestinya kami beli sebab hari raya kita kena pakai cantik-cantik walaupun saya pergi bercuti. Persiapan baju dan segala kelengkapan semua dilakukan oleh isteri saya. Dia suri rumah. Jadi, dia ada lebih banyak masa untuk menguruskan semua persiapan tersebut. Kalau orang yang berkerja macam saya, sangat susah nak buat dan fikir mengenai persediaan hari raya.

Ditanya pula sama ada cerewet atau tidak dengan pilihan isteri, RidzOkumura mengakui bahawa dia terpaksa akur dengan pemilihan isterinya itu.

Dia bukan cerewet, cuma dia ada satu tabiat di mana kalau saya basuh pinggan, dia akan basuh semula. Dia tak bagi. Jadi saya kena ikut saja. Ada kalanya makan hati. Contoh bab makanan.

Kadang-kadang tekak saya ni nak masakan Melayu, tapi dia tak pandai. Saya tak dapat makan. Kesimpulannya, saya lari pergi rumah kak Zarina Zainuddin untuk makan.

Saya dengan kak Zarina sangat rapat. Jadi saya akan terus ke rumah dia untuk makan.

Di akhir temu bual, RidzOkumura mengucapkan selamat hari raya buat semua umat Islam.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×