berita

‘Mak Datanglah Sini Jumpa Abang & Adik’ – Pasangan Kembar Rayu Ibu Bapa Ke Pangkuan Sempena Syawal

May 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Pejam celik tak lama lagi kita dah nak menyambut perayaan Aidilfitri. Korang mesti dah pilih tarikh untuk pulang beraya bersama keluarga tersayang betul tak? Iyalah, hari perayaan merupakan masa yang sangat sesuai untuk semua ahli keluarga berkumpul selain bermaaf-maafan.

Menerusi Facebook Viral Media Johor, pasangan kembar yang ditinggalkan ibu bapa di rumah anak yatim beberapa tahun lalu, meluahkan hasrat untuk bertemu semula ibu bapa mereka sempena menyambut perayaan yang bakal tiba. Sumpah sedih!

‘Mama ambil adik dengan abang’

https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/videos/574152859742219/

Sedutan video daripada rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) menunjukkan pasangan kembar yang dikenali sebagai Danial dan Danish, meluahkan rasa rindu dan ingin berjumpa ibu bapa mereka yang setelah sekian lama tidak berjumpa. Video yang berdurasi 2:34 itu membuatkan hos dan tetamu yang lain turut mengalirkan air mata mereka.

Sedih sangat

Jumpalah walaupun sekejap

Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka mendoakan pasangan kembar tersebut dapat berjumpa ibu bapa mereka sempena bulan yang mulia ini.

Sumber: Viral Media Johor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×