berita

‘Mak Kat Mana? ‘Mak Kat Penjara’ – Netizen Kecewa Ibu Tunggal ‘Naik’ Mahkamah Sebab Curi Ayam

September 11th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Tiada ibu bapa yang sanggup membiarkan anak mereka hidup dalam kelaparan. Pengorbanan kedua-dua insan ini tidak tolok bandingnya sehingga kadang-kadang terpaksa merisikokan diri sendiri demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak di rumah.

Secara realitinya, bukan semua di antara kita yang bertuah dan mampu hidup dalam keadaan yang serba lengkap.  Perkongsian Mohd Fadli Salleh di laman Facebooknya ini mungkin mampu membuka mata kita tentang pentingnya sifat kemanusiaan dan belas kasihan terhadap mereka yang kurang bernasib baik.

Tak perlu salahkan ibu

Mak kat mana?

Mak kat penjara.

Allahu. Tak lena aku nak tidur sebaik tahu hal ini sebentar tadi. Betapa diluar sana masih ada ibu terpaksa mencuri hanya untuk sesuap nasi.

Bila kes begini berlaku, tidak ada guna lagi menuding jari. Tak perlu nak salahkan ibu, kerana ibu mana yang sanggup biarkan anak kelaparan.

Tak perlu nak salahkan pihak polis, kerana negara mana-mana pun ada undang-undang. Bahkan pihak polis sangat baik hati kerana bantu ambil anak di sekolah dan beri pula makan.

Mencuri kerana terpaksa

sekadar gambar hiasan

Cuma sedikit kesal dengan tindakan pihak pasaraya yang meneruskan kes walau dah diterangkan si ibu ini adalah asnaf. Patut boleh bawa bincang. Dah ada pihak yang nak bayarkan pun jumlah kerugian.

Mencuri kali ini bukan kerana tabiat. Bukan sebab suka-suka. Tapi keadaan tersepit yang memaksa.

Kemiskinan bukanlah tiket yang membolehkan seseorang itu mencuri. Bukan. Bukan kita menggalakkan orang miskin dan asnaf mencuri.

Mencuri tetap salah disisi undang-undang dan agama itu sendiri.

Masyarakat sepatutnya peka, timbang rasa

Namun ada masa dan situasi, kena bertolak ansur dan bertimbang rasa.

Kita semua sebagai masyarakat, sebagai insan perlu peka kepada orang sekeliling kita.

Entahlah. Aku kehilangan kata-kata.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat sedaya upaya membantu keluarga ini.

Semoga kes ini diselesaikan dengan cepat. Si ibu dapat keluar lokap dengan segera dan bertemu anak-anak yang menanti penuh rindu dan sayu di rumah.

Salah tetap salah tapi mana tolak ansur

Seorang pengguna Facebook Mohd Zulhairi Zainol berkata ibu tersebut yang ‘mencuri’ barangan bernilai RM72.90 bakal dihadapkan ke mahkamah bagi sebutan kes.

Sabar la nak..Ibumu tiada malam ni. Memang salah cara ibumu lakukan, tetapi ibumu lakukan kerana hendak bagi kamu makan. Esok ibumu akan dihadapkan di mahkamah untuk sebutan kes tadi (mencuri ayam mentah dan lain-lain RM72.90).

Kami yang jauhan ini berdoa akan dipermudahkan. Esok wakil Hery Puan Aida akan maklumkan untuk kos ikat jamin. Salah tetap salah tetap tetapi akan tiada sedikit pon rasa bertolak ansur pada mereka. Terima kasih pihak Balai Polis Seri Iskandar kerana bantu ambil anaknya di sekolah dan memberi makanan di balai tadi. Kami hargai.

Sumber: Facebook Mohd Fadli SallehMohd Zulhairi Zainol

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×