berita

Mak Mentua Buat Kuih Raya Guna Oven 50 Tahun, Dah Berkarat Bikin Netizen Bimbang

April 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Perkongsian seorang pengguna Facebook di group Masak Apa Hari Ini (MAHN) yang masih menggunakan oven berusia hampir 50 tahun untuk membuat kuih mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Ketuhar berkarat mencecah usia 50 tahun

Sekadar gambar hiasan

Menurut wanita itu, mentuanya masih menggunakan oven yang mencecah usia 50 tahun kerana masih berfungsi dengan baik  untuk membakar biskut raya. Namun perhatian netizen teralih kepada keadaan oven tersebut yang sudah berkarat dan boleh membahayakan nyawa.

Lebih gerun lagi jika karat berkenaan terjatuh ke atas biskut dan ia akan membahayakan kanak-kanak ataupun warga emas yang makan biskut berkenaan.

Ada juga diantara mereka yang memberi teguran agar wanita itu membeli ketuhar yang baru buat ibu mentuanya atau mengikis karat-karat yang ada di dalam ketuhar berkenaan.

‘Nak guna make sure peralatan masa memasak cukup bersih dan tak berbahaya’

Sumber : Masak Apa Hari Ini (MAHN)

SKIP THIS AD ×