berita

Mak Mentua Mira Filzah Kesal Panggilan Stesen Radio ‘Anak Tak Makan’ Kurang Tepat

July 5th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, tular mengenai luahan pemberi bantuan yang menceritakan pengalamannya menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga di Kuala Kangsar menerusi satu panggilan yang dibuat oleh radio Suria FM. Menerusi panggilan itu, lelaki berkenaan menceritakan pengalaman sedih tatkala membantu keluarga itu.

Artikel berkaitan : ‘Anak Dia dah Terbaring, Tak Makan 2 Hari…’

Terbaru, YB Datuk Mastura Mohd Yazid telah memuat naik video temubual Pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar bersama keluarga Kak Wati di Twitter.

Kisah dua hari tak makan adalah tidak benar

Menerusi video berdurasi 2 minit 15 saat itu, wakil keluarga yang menerima bantuan lelaki terbabit diperdengarkan semula rakaman panggilan bersama stesen radio tersebut yang menarik perhatian ramai. Dia juga ditanya tentang kesahihan cerita tersebut.

Wanita yang dikenali sebagai Kak Wati itu bagaimanapun menafikan cerita tersebut sambil memaklumkan ianya tidak benar dan wanita tersebut tidak menyangka terdapat individu yang sanggup mereka cerita mengenai keluarganya.

Apa yang di viral tu semua tak betul sebab masa Abang Din tu datang dia hantar bantuan, anak-anak akak terbaring bukan sebab tak makan tapi dorang tengah buat PdPR.

Statement yang dia kata dia berlari ke kedai makanan untuk membeli makanan segera bagi kat anak-anak itu pun tak betul. Semua sekali tak betul.

Berasa tertekan dan malu

Kak Wati turut akui tertekan dan anak-anaknya berasa malu setelah cerita yang direka mengenai keluarganya sudah tidak makan selama dua hari itu tersebar.

Susulan daripada itu, ibu mentua kepada Mira Filzah itu berasa kesal dengan tindakan sesetengah individu yang mengambil kesempatan terhadap keluarga Kak Wati dan berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Penjelasan daripada pihak Kak Wati sendiri

Sumber : MasturaYazid

SKIP THIS AD ×