berita

Mak Nyah Maut Kena Belasah

December 14th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Seorang pondan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital apabila dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul dalam satu kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, pada Rabu lepas. Mangsa yang berasal dari Sabah berusia 32 tahun  itu disahkan meninggal dunia pada pukul 10.47 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Ditemui dalam keadaan terbaring dan tercedera

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa sebelum itu ditemui dalam keadaan terbaring dan tercedera oleh kira-kira pukul 7 pagi Rabu oleh seorang pengawal keselamatan hotel.

Mangsa cedera di bahagian kepala dan bengkak di beberapa tubuh badan serta patah tapak tangan kiri disyaki dipukul sekumpulan lelaki.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×