berita

Makan 6 Kali Sehari, Wanita Kongsi 19 Tips Turun 26KG Dalam Masa 3 Bulan

November 1st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Mendapatkan berat badan yang ideal merupakan antara impian setiap orang tidak kiralah wanita, ataupun lelaki. Betul tak? Walaupun nampak mudah, namun tidak semua berjaya lakukannya. Mungkin kerana faktor diet yang tidak sesuai ataupun tidak tahan dengan godaan makanan.

Kali ini kami kongsikan dengan anda tips diet dari wanita ini yang berjaya turunkan 26kg dalam masa 3 bulan. Apa yang penting jangan cepat putus asa dan pelbagaikan resepi agak tidak jemu.

Turun 26kg dalam masa 3 bulan

HILANG 26KG DALAM MASA 3 BULAN
Assalamualaikum w.b.t, disebabkan mekna dah janji dan ramai yang inbox tanya mekna buat diet apa, harini mekna share dengan uols ye. Tapi result mungkin berbeza atas hormon badan masing masing ye. Ohh ye a big thanks to my husband sebab dia yang prepare semua makanan ni, dia yang Google study pasal diet nie, dia yang teman mekna workout and dia yang buat jadual pukul berapa kena makan, menu apa yang kena makan. Tanpa support dari dia for sure mekna tak kan lost sebanyak ini.

JENIS DIET: EAT CLEAN
TEMPOH MASA DIET: 1 MARCH 2019- 4 JUNE 2019
TOTAL LOST: 86KG TO 60KG

Makan 6 kali sehari


TIPS DIET
1) Wajib breakfast.
2) Wajib makan enam kali sehari. Pukul 8 pagi breakfast. Pukul10 pagi snack, pukul1 tengahari makan tengahari, pukul3 snack, pukul6 dinner, pukul9 malam snack.
3) No sugar. No salt. No kueh mueh. No cili sos. No kicap.
4) Air masak 3L sehari (ikut berat masing masing).
5) Masak guna olive oil. Dua tiga titik sahaja.
6) Tidur pukul 11 malam paling lewat 12 malam.
7) Tak boleh stress

Kurangkan karbo, lebihkan protein


8) Timbang setiap pagi sebelom breakfast selepas buang air besar dan catat berat setiap hari.
9) Kurangkan karbo lebihkan protein dan serat. Banyak makan buah dan sayuran.
10) Mekna dua minggu pertama ambil nasi 2x sehari lunch and dinner (beras basmathi), then ambil nasi sehari sekali selama next dua minggu. Bulan seterusnya tukar beras basmathi pada beras perang sekali sehari, then ambil nasi seminggu sekali. Bulan ketiga tak ambil nasi langsung.
11) Wajib tukar menu dan wajib cut sikit sikit supaya badan boleh adapt dan tak imune. Contoh bulan pertama korang guna beras basmathi then bulan kedua wajib tukar sebab if tak tukar badan korang jadi imune and susah nak turun. Sebab tu kena cut sikit demi sikit. Tapi untuk intake sugar mekna cut terus 100%. Cuma ada manis dari buah sahaja. Buah durian, cempedak, pisang dilarang sama sekali ye.

Jogging 3 kali sekali seminggu


12) Jogging seminngu 3x. Untuk badan fit dan tak gelebeh.
13) Jangan stress kena happy and fun kalau tak berat tak turun atau statik.
14) Setiap malam mekna blend daun saderi dan minum. No sugar. Uols boleh google kebaikannya. Saderi yang batang besar tu ye.
15) Setiap 28hb cheat day. Sehari sahaja. Sebab takbagi diri stress and down then 29hb kembali diet. Dan mesti ingat dalam tempoh diet tak boleh try try makanan anak suami atau kawan even sebesar hama. Sebab yang korang try secubit tu yang berat korang jadi naik or statik.
16) Setiap kali ada event or kenduri i bring my own food. Tak makan makanan terlarang. Takde weh kenduri kawen orang saji makanan diet. So bawak bekal. Simple. Takde alasan.

Wajib ada orang sokong


17) Kekacang sangat elok. Kudap kudap boleh malan almond. Mekna makan almond yang pure tu bukan yang dah di awet.
18) Black peper lulus, sos kewpie lulus, oregano lulus, cayyene peper lulus.
19) Wajib ada moral support dari orang tersayang dan wajib rahsiakan dari orang lain. Sebab bila korang canang satu dunia yang korang diet akan ada mulut puaka yang mendownkan korang. “eh tak cantik laa kurus”. “ehh awak cantik gemuk”. My husband said orang macam ni adalah orang yang dengki sebab dia taknak tengok kita cantik. Plus bukan kita nak kurus kering kita nak sihat. Saya turun 26kg pon bmi still tak cantik. 55 kg should be nice for me. So bila korang jenis mudah down korang akan termakan dengan kata kata saitonn ini. Macam mekna sendiri just mekna and husband je tahu mekna on diet.

Selamat berjaya

So, itu je kot. Kalau ada info yang mekna tertinggal nanti mekna edit ye. Lastly gudluck selamat berdiet jangan pernah down kita gemuk sebaliknya take action and show the result. Sebarang pertanyaan boleh tanya di ruangan komen korang juga diizinkan share supaya orang lain pon dapat benefit sekali. Jangan berkira hokeyy.
Selamat berdiet ??
#ramonaDiet

Sumber : Mardiana Muhammad

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×