Sebuah jenama fesyen terkenal terpaksa menghentikan kerjasama dengan Brooklyn Beckham gara-gara mendapat banyak respons yang kurang baik daripada pengguna media sosial dan penggemar barangan keluaran mereka.
Kerjasama hanya lapan bulan
Meskipun baru lapan bulan dilantik menjadi salah satu wajah kempen jenama fesyen ‘Superdry’, anak kepada legenda bola sepak dunia, David Beckham terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh jenama berkenaan. Sebelum ini, Brooklyn menandatangi kontrak bernilai RM4.5 juta sebagai wajah baharu bagi jenama tersebut. Sepanjang tempoh tersebut, Brooklyn telah menjalankan tanggungjawab untuk mempromosikan produk terkini jenama berkenaan di akaun Instagram miliknya. Malangnya, promosi kolaborasi itu gagal dan menerima pelbagai kritikan daripada warganet.
Ujar warganet, pemilihan Brooklyn sebagai wajah baharu jenama tersebut adalah sangat tidak tepat. Ini kerana, produk Superdry ‘mesra’ dengan gaya hidup yang sihat. Jelas warganet lagi, ianya sangat bertentangan dengan pekerjaan Brooklyn iaitu seorang chef selebriti yang memakan daging dalam kehidupan hariannya. Sebelum ini, Brooklyn turut menerima kecaman daripada netizen gara-gara menggunakan popularitinya untuk menjadi chef.
Sumber: Metro.co.uk