berita

Makan Ubat Sebelum Hadir Majlis Graduasi, Timbalan Menteri Mohon Maaf Tertidur

April 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial mengenai sebuah video yang membabitkan ahli parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, tertidur ketika berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi Huffaz di Palm Mall di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Makan ubat sebelum hadir majlis

Menerusi laporan Malaysiakini, ahli parlimen tersebut telah membuat permohonan maaf susulan videonya yang sudah viral di media sosial. Menurut Pegawai Tugas Khas Timbalan Menteri Kerja Raya tersebut iaitu Farahiah Zubir, Datuk Eddin berada dalam keadaan kurang sihat namun, bagi memenuhi undangan jemputan beliau tetap hadir ke majlis berkenaan.

Untuk makluman Datuk Eddin Syazlee telah memohon maaf kerana tertidur pada acara tersebut. Beliau makan ubat sebelum ke majlis tersebut tetapi tetap menggagahkan diri untuk memenuhi jemputan. Alhamdulilah pada majlis itu Datuk Eddin Syazlee telah meluluskan pemasangan penghawa dingin di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan menyumbang sedikit dana bagi membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar.

Tertidur ketika nama beliau dipanggil

Menerusi rakaman video yang berdurasi 0:45 minit tersebut, ahli parlimen berkenaan dipercayai sedang nyenyak  tidur di kerusinya. Bahkan, beliau tidak sedar bahawa namanya sudah dipanggil oleh pengacara majlis bagi menyempurnakan program tersebut. Kelihatan tiga orang telah mengejutkannya dari tidur.

Sumber: Malaysiakini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×