berita

Makanan Dijamin Halal Sampai Depan Rumah? Jom Order bekal by foodpanda Confirm Puas Hati!

April 17th, 2023 | by Umirah Halim
Kini Trending

Korang pernah tak terfikir makanan yang rider korang hantar dekat beg dia tu bercampur dengan makanan yang tak patuh syariah? Mesti rasa was-was je kan nak makan?

Haaa.. ini berita baik untuk korang terutamanya pelanggan muslim foodpanda di luar sana, fleet baharu bekal by foodpanda akan dilancarkan istimewa hanya untuk deliver makanan yang dijamin halal untuk korang semua!

Satu-satunya di Malaysia dan diperakui halal oleh JAKIM. Wow eksklusif betul!

bekal by foodpanda merupakan armada penghantaran makanan baharu di bawah foodpanda yang menawarkan satu-satunya servis perkhidmatan penyediaan dan penghantaran makanan pertama yang mengikut garisan panduan yang halal!

Bukan tu je, hanya makanan halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM je yang akan ada dekat bekal ni.

Jadi korang tak payah nak pening ke apa sebab makanan yang korang order nanti gerenti halalan toyyiban gitu!

Wah..senang lah lepas ni nak decide makan apa kan?

Tak payah risau dah..bekal memang confirm halal untuk korang semua, tinggal nak order je!

Antara kedai yang korang boleh order di bekal termasuk:

  • ZUS Coffee
  • 4 Fingers Crispy Chicken
  • A&W
  • Aunty Anne’s
  • Bakers Cottage
  • Bask Bear Coffee
  • Big Apple Donuts & Coffee
  • Boat Noodle
  • Empire Sushi
  • Marrybrown
  • McDonalds
  • Pizza Hut
  • Sushi King
  • Tealive

dan banyak lagi!

Banyak giler kan brand makanan favourite korang? Haa..tinggal nak order lepastu tunggu je rider depan rumah!

Buat pengetahuan korang, bekal by foodpanda ni bukan aplikasi baharu foodpanda pun tau. So, jangan confuse!

Korang boleh order menggunakan aplikasi foodpanda macam biasa jer, cuma makanan daripada vendor yang telah disahkan halal akan dihantar oleh rider bekal.

Jadi lepas ni, kalau korang tengok rider korang hantar guna beg bekal ni ha confirm terjamin halal dah makanan korang tu.

Selain itu, bekal juga akan available untuk pelanggan dan vendor di kawasan sekitar lembah Klang dalam bulan Julai ni, dan akan diperluaskan ke seluruh Malaysia secara beransur by hujung tahun ni tau.

Vendor makanan halal, cepat sign up sekarang! Senang customer korang nak pesan nanti.

So, buat muslim vendors foodpanda jangan lepaskan peluang untuk sign up dan guna bekal by foodpanda ni confirm customer korang confident nak beli.

Lepas ni kalau korang nampak vendor makanan yang ada tagged halal or bekal by foodpanda..haa..maksudnya kedai tu berada dalam coverage zones bekal! Senang lah korang nak tahu lepas ni kan?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman bekal by foodpanda ni atau laman sosial foodpanda, Facebook dan Instagram mereka! Jom pesan bekal di foodpanda sekarang!

SKIP THIS AD ×