Sebut je hari raya, mesti ramai yang tak sabar nak balik kampung jumpa saudara mara, sebab masa ni la kita nak nak jumpa mereka yang jauh dimata tapi dekat dihati.
Lagipun time ni lah nak melaram sakan dengan baju raya masing-masing. Nak tukar pinggan mangkuk baru, sofa baru, tv baru… Semua nak barulah kiranya! Maklumlah, raya kan setahun sekali, mestilah nak rumah nampak meriah, kemas dan fresh tapi jangan sampai membebankan diri ye.
Admin sure mesti banyak persiapan yang korang dah buat untuk sambut raya tahun ni kan? Jom semak sama ada checklist korang ada tak semua ni? Kalau tak ada tu, something wrong some where ler tu….
Baju & Kasut Raya Baru!
Ni perkara pertama yang semua orang risaukan bila nak raya… Alahai baju raya! Macam-macam kerenah orang bila nak raya, ada yang beli baju, tempah baju, design baju tapi inilah kemeriahan sebenar menjelang hari raya Aidilfitri.
Baju baru tu perlu tau! Kalau boleh biarlah warna-warni gitu! Meriah suasana! Hati pun berbunga tambahan pulak bila di pasangkan dengan kasut baru. Lagilah bau kedai semuanya. Best kan raya?
Aneka kuih raya & rendang wajib ada!
Benda-benda ni tak sah dan tak lengkap kalau tak ada masa hari raya. Yelah, nanti takde apa pulak nak jamu dekat tetamu kita. Ye tak? Biar tak semewah makanan di hotel tapi cukup untuk mengisi dan buat tetamu kita rasa puas hati.
Lagipun yang datang tu bukan orang lain, saudara-mara dan rakan-rakan kita jugak. Paling penting, kita ikhlas. Barulah makin erat silaturrahim tu nanti.
Mercun! Main mercun POP POP je..
Macam dah jadi kemestian pulak bila raya je mesti kena ada mercun kan. Ha meh sini admin nak pesan sikit. Tak salah main mercun tapi janganlah main mercun yang berbahaya macam mercun bola, thunder klap dan sebagainya ye.
Cukup kalau sekadar main bunga api dan mercun pop pop tu. Janji meriah! Ibu bapa pulak sila awasi anak-anak korang tau. Karang tak pasal ada yang beraya di hospital pulak!
Balik kampung jom!
Perkara ni selalu jadi isu bagi pasangan yang dah berkahwin. Berebut la nak raya kat kampung masing-masing. Ada yang sampai gaduh! Masing-masing nak balik kampung masing-masing. Apa-apa pun, bincang elok-elok okay.
Oh ya, sebelum balik kampung, jangan lupa servis kereta dulu. Musim raya ni, jalan confirm jammed! So, korang kenalah make sure kereta korang berada dalam keadaan tip top. Nanti, tak pasal ada yang raya atas highway! Huhu!
Nak lagi meriah raya ni? Tukar langsir jom!
Sebut je langsir, memang excited para suri rumah tambahan plak bila nak raya. Biasalah, langsir kan penambah seri dan suasana rumah, sebab tu bila mak korang tukar langsir baru, semangat nak raya tu lain macam je. Jiran-jiran pun kerling mata oit!
Admin pasti ramai antara korang yang setahun sekali baru tukar langsir kan? Bila nak tukar langsir tu mestilah korang nak yang cantik dan menawan tapi dalam masa yang sama harga tak cekik darah betul tak?
Jangan bimbang harga yang ditawarkan dekat MK Curtain ni memang gempak ye. Dah la ada tawaran istimewa sempena Aifilfitri tahun ni. Jadi apa lagi yang korang tunggu, jom singgah ke cawangan mereka dan lihat sendiri koleksi langsir terbaru diorang.
Ops sebelum admin terlupa untuk langsir Case Rose, beli satu percuma satu ye. Ha letupkan? Admin suka, korang mesti lagi suka! Tak percaya? Jom tonton video ni dan lihat sendiri servis yang disediakan oleh MK Curtain.
Singgah cawangan MK Curtain Jom!
Kalau korang nak tahu, kali ni MK Curtain tampilkan koleksi baru dan terkini sesuai untuk pelbagai jenis kediaman dan tingkap tau!
Berikut adalah cawangan MK Curtain di seluruh negara. Jom usha koleksi langsir MK Curtain diorang. Rugi tau kalau tak singgah, langsir mereka antara yang terbaik ye.
Website: MK Curtain
Facebook: MK Curtain