
Tiga nama popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila bakal bersatu buat pertama kalinya menerusi konsert Malam 3 Suara yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 14 Disember ini.
Artikel Berkaitan: ‘Malam 3 Suara’ Satukan Rizky Febian, Fabio Asher & Anggi Marito
Artikel Berkaitan: Rizky Febian Dah Kurang Dapat ‘Job’ Menyanyi, Bimbang Masa Depan Anak Bakal Lahir
Teruja

Ketika ditemui OhBulan!, Rizky berkata mereka bertiga akan membawakan konsep unik memandangkan ini adalah kali pertama mereka digabungkan bersama.
Difahamkan, persiapan mereka juga sudah mencapai 70 hingga 80 peratus.
Ini konsert pertama kami bertiga. Kami membawa konsep dan tema yang sangat segar, lengkap dengan himpunan lagu masing-masing. Ada segmen kami saling bertukar lagu dan pastinya akan ada kolaborasi.
Abang Ariff (penganjur) datang kepada kami dengan konsep yang luar biasa.
Kami tahu peminat di KL sangat hebat dan selalu memberikan tenaga luar biasa setiap kali kami membuat persembahan. Jadi, kami rasa lebih baik kami gabungkan semuanya di KL.
Sementara itu, Fabio turut berkongsi bahawa pemilihan lagu dibuat berdasarkan lagu-lagu mereka yang tular mengikut trend di Malaysia.
Konsert ini akan jadi seperti ‘roller-coaster’ kerana genre kami semua berbeza. Ia akan sangat ‘memorable’ buat penonton di Malaysia.
Ini kali pertama kami bertiga berkolaborasi. Pemilihan lagu juga kami selarikan dengan lagu yang tular di Malaysia kerana trend tular Malaysia dan Indonesia tidak sama.
Kolaborasi bersama

Dalam pada itu, Anggi juga sempat memberi bayangan akan mempersembahkan lagu kolaborasi bersama artis Malaysia untuk menambahkan lagi kemeriahan.
Dari segi persiapan, kami sedang menyusun konsep dan susunan baharu yang berbeza daripada persembahan biasa. Akan ada beberapa segmen dengan ‘mood’ berlainan.
Saya juga akan membawa lagu terbaru yang ditulis oleh Fabio.
Konsert anjuran Strategy X Entertainment Sdn. Bhd. itu menjanjikan lebih dua jam persembahan di mana ia juga akan menyatukan tiga penyanyi dengan vokal unik dan karakter tersendiri.






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

