
Konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia diselubungi suasana penuh emosi apabila figura ikonik muzik Indonesia itu ‘dihidupkan semula’ melalui pancaran hologram yang menyentuh hati di pentas Zepp Kuala Lumpur, pada malam Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: Glenn Fredly ‘Kembali’ Di Kuala Lumpur, Guna Teknologi Hologram Wujudkan Keajaiban Di Atas Pentas
Artikel Berkaitan: Pengebumian Glenn Fredly Dilakukan Tertutup, Ini Penjelasan Keluarga
Sebak

Ketika ditemui OhBulan!, isterinya, Mutia Ayu mengakui tidak mudah untuk menyampaikan lagu bersama mendiang suaminya yang dihidupkan kembali menerusi pancaran hologram.
Kata Mutia, dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat sosok tubuh suaminya yang dilihat seolah-olah hidup menyanyi di sampingnya.
Ketika latihan lagi saya sudah merasa sebak, terutama saat suara mendiang Glenn kembali dimainkan.
Apabila keadaan itu berlaku, kadang-kadang saya sendiri boleh terlupa lirik kerana terlalu emosional. Tapi saya selalu berusaha untuk beri yang terbaik.
Mutia berkata demikian ketika sidang media yang berlangsung sebelum konsert bermula pada Jumaat lalu.
Medan nostalgia

Selama dua jam yang penuh emosi, konsert itu mengembalikan kenangan indah buat peminat setia Glenn Fredly apabila suara dan bayangnya kembali menghidupkan pentas, diiringi alunan muzik mantap dari band asalnya, The Bakuucakar.
Antara yang menarik perhatian penonton adalah ketika Mutia menyampaikan lagu Itu Saja bersama Glenn dan video pernikahan mereka turut menghiasi skrin.
Persembahan pada konsert ini sangat luar biasa.
Saya persembahkan lagu Itu Saja, yang Glenn cipta khas untuk ulang tahun perkahwinan kami.
Mudah-mudahan kalian suka.
Tidak hanya Mutia, anak mereka iaitu Gewa turut dibawakan dia atas pentas menyaksikan persembahan kedua ibu bapanya.
Untuk makluman, Glenn berkahwin dengan Mutia pada 19 Ogos 2019 dan dikurniakan anak perempuan, Gewa, yang dilahirkan pada 28 Februari 2020.
Pada April 2020, Glenn meninggal dunia di Hospital Setia Mitra, Fatmawati, Jakarta Selatan pada usia 44 tahun akibat penyakit meningitis.
Konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia itu turut menampilkan pemuzik hebat termasuk Ryan D’Masiv, Noh Salleh, Bella Astillah, Nadira Adnan, Gretchene Quirina, Allan Andersn dan Matthew Sayersz.








