berita

Malang Tak Berbau, Follow 5 Langkah Ini Bila Kereta Rosak Atas Jalan Raya. Jangan Panik!

March 3rd, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Bayangkan korang tengah seronok memandu atas jalan raya nak jumpa kawan atau yang tersayang di kampung, tiba-tiba kereta yang korang pandu mengalami kerosakan. Tekan minyak tak boleh, tiba-tiba keluar asap dari bonet, kereta hilang kawalan takpun tiba-tiba je kereta slow… Aduh, apa nak buat ni?

Rileks, tenang dan jangan panik. Ikut langkah yang admin kongsikan di bawah ini menurut SafetyServe.com, sebuah laman web yang menyediakan program latihan keselamatan berasaskan internet oleh The National Safety Council Official Online Training Site. Paling penting, jangan buat yang nombor 4 tu tau!

1. Berhenti di bahu jalan

Perkara paling pertama korang kena buat adalah jangan terus tekan pedal minyak dan brek mengejut. Secara perlahan, cuba ketepikan kenderaan korang ke bahu jalan atau laluan kecemasan.

Sama ada menolak kenderaan atau apa cara sekalipun, jangan tinggalkan kenderaan korang atas jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

2. Hidupkan lampu kecemasan

Bila dah selamat alihkan kenderaan ke bahu jalan atau laluan kecemasan, hidupkan lampu kecemasan supaya kereta lain nampak ada kenderaan berhenti dan memerlukan bantuan. Kalau dalam keadaan gelap, hidupkan sekali lampu dalam kabin.

Sekiranya lampu kecemasan tidak berfungsi, cuba gantungkan sesuatu yang mudah dilihat seperti kain putih misalnya pada antena kereta atau mana-mana bahagian yang senang dikesan. Barulah pemandu lain nampak ada kereta rosak di tepi jalan.

3. Letak segi tiga amaran kecemasan

Satu lagi langkah perlu korang buat supaya pemandu lain perasan ada kereta rosak di bahu jalan, letakkan segi tiga amaran kira-kira 45 meter (147 kaki) dari belakang kenderaan yang rosak atau mengalami kemalangan.

Di Malaysia, kebanyakan kereta baru sudah disertakan dengan segi tiga amaran sebagai kit kecemasan. Tapi, kalau kereta korang jenis lama atau memang tiada segi tiga amaran, korang boleh beli di mana-mana kedai aksesori kereta atau di pusat servis pengeluar kenderaan.

Ia penting sekiranya korang memerlukannya ketika waktu kecemasan seperti ini!

4. Hubungi bantuan tetapi jangan sesekali tahan kereta lain untuk pertolongan

Ambil handphone dan mula hubungi suami, abang, ayah atau rakan terdekat tentang situasi yang berlaku. Kalau korang ada kenal mana-mana mekanik yang biasa servis kereta korang, cuba tanya mereka apa yang perlu dilakukan.

Jika masalah kereta korang boleh diselesaikan sendiri, legalah. Sekiranya memerlukan bantuan kereta tunda untuk tindakan selanjutnya, hubungi penyedia insurans. Kebiasaannya, insurans kenderaan akan disertakan sekali khidmat kereta tunda 24 jam.

Kalau korang berada di lebuh raya, ketahuilah bahawa korang layak mendapat khidmat kereta tunda secara percuma daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRONDA dan penyedia insurans seperti Chubb. Mereka akan menunda kereta korang dari lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat, rumah, bengkel pilihan, plaza tol atau bengkel berhampiran.

Awas, jangan terpedaya dengan kereta tunda ‘tidak diundang’ dibimbangi korang akan membayar macam-macam bil kelak. Selain itu, jangan sesekali menahan kereta lain untuk pertolongan. Tak semua orang ada niat baik tau!

5. Tunggu bantuan dengan tenang di luar kenderaan

Selesai menghubungi bantuan, korang tunggu je bantuan sampai di luar kenderaan. Jangan tunggu di dalam kenderaan pula takut ada pemandu tak perasan ada kereta berhenti di bahu jalan lalu kereta korang dilanggar dari belakang. Bahaya tu!

Sebaiknya, tunggu di luar kenderaan dengan tenang. Kalau korang ada bawa anak kecil, tenangkan mereka dan jangan keruhkan keadaan dengan panik berterusan. Paling penting, jangan tinggal anak dalam kenderaan sambil mencari bantuan tau, lagi bahaya!

Lindungi kenderaan dengan insurans GoInsure

Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Sebelum apa-apa yang tidak diingini terjadi, jom kita dapatkan insurans kenderaan dari GoInsure. Disediakan oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad (Chubb), insurans kenderaan GoInsure boleh dibeli melalui aplikasi mudah alih atau laman web GoPayz.

Senang je rupanya sekarang nak beli insurans kenderaan, tak perlu jumpa ejen, boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan dan boleh settle dalam masa 24 jam. Malah, ia menawarkan banyak manfaat yang jarang ditawarkan penyedia insurans kenderaan di luar sana seperti…

1. Servis tunda 24 jam dan pembaikan minor
Sekiranya kenderaan korang mengalami kemalangan atau kerosakan, GoInsure menyediakan pembaikan minor seperti penukaran tayar dan bateri. Mereka juga menawarkan servis tunda 24 jam seluruh Malaysia ke bengkel terdekat atau terus ke rumah.

2. Manfaat kereta gantian sementara & penginapan hotel
Kalau kereta korang rosak 100km jauh dari rumah dan proses membaiki melebihi 48 jam, sebuah kereta gantian sementara akan disediakan secara percuma untuk kegunaan maksimum 10 hari. Jika proses membaiki menyebabkan korang terpaksa tidur hotel, GoInsure akan menanggung segala kos penginapan maksimum RM200/malam sehingga 10 hari berdasarkan pelan tertentu.

3. Bantuan tunai akibat kecurian
Andai kata rumah korang dipecah masuk, jumlah yang tertulis seperti di dalam polisi akan diberikan selepas insiden.

4. Servis pembersihan & cat kereta
Sekiranya pampasan kerosakan melebih 30% dari nilai kereta yang diinsuranskan, GoInsure akan menanggung kos cat sebuah kereta dan kos pembersihan dalaman kereta mengikut jumlah yang tertulis di dalam polisi.

5. Perlindungan beg tangan dan dompet
Pemandu atas jalan raya sentiasa terdedah dengan bahaya kehilangan beg tangan dan dompet bila berada jauh dari kereta. Andai kata kereta rosak dan ada peragut mencuri beg tangan korang, GoInsure akan menanggung segala kerugian mengikut jumlah yang tertulis di dalam polisi.

6. Perlindungan ketika banjir
Duduk Malaysia kita memang tak boleh lari dari risiko terkena tempias banjir. Guess whatGoInsure turut melindungi dan menanggung kerugian atau kerosakan serta kos pembersihan akibat bencana tersebut.

Promosi hebat untuk pengguna GoPayz

Selain 6 manfaat yang admin kongsikan tadi, GoInsure turut menawarkan:-

  1. Pulangan tunai 5% untuk setiap transaksi
  2. Tambahan RM100 pulangan tunai kepada 250 pelanggan pertama
  3. Pulangan tunai RM12 (2 bulan premium Insurans Kemalangan Peribadi) untuk pengguna U Mobile secara PERCUMA. Terhad untuk 500 pelanggan terawal saja.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan insurans kenderaan dari GoInsure! Untuk maklumat lanjut, layari Facebook, Instagram atau laman web GoPayz.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×