berita

Malas Keluar Kereta? Order Je Domino’s Pizza Dengan Servis Pandu Ambil, Mudahnya!

July 17th, 2020 | by Epul
Shout Out!

Pernah tak korang terfikir bila sampai je depan restoran, makanan yang korang pesan untuk take away dah siap? Tak perlu beratur atau bersesak, siap ada orang hantar terus kepada korang!

Haa.. Kalau korang nak tau Domino’s Pizza kini menjadi syarikat makanan (F&B) yang pertama tampil dengan initiatif penghantaran makanan baru, Pandu Ambil yang lebih mudah dan selamat. Serius korang kena try!

Malas nak queue atau cari parking? Biar abang Domino’s hantar pizza pada korang!

Selalunya kalau nak beli pizza untuk take away, benda yang paling malas sekali ialah nak beratur atau cari parking. Yelah, kadang-kadang dah pusing satu round belum tentu jumpa parking ataupun kalau ada anak kecil, takkan nak tinggalkan dalam kereta pula?

Tak payah pening-pening lagi lepas ni, biar abang Domino’s Pizza hantar terus makanan yang diorder ke kereta korang. Dengan Pandu Ambil kehidupan korang kini menjadi lebih mudah!

Macam mana nak order dengan Pandu Ambil ni?

Langkah 1: Pilih “Take away” di aplikasi atau website Domino’s Pizza

Langkah 2: Pilih Domino’s Pandu Ambil (Drive Up)

Langkah 3: Isi butiran kenderaan korang

Langkah 4: Klik “I’m Here” di halaman “Tracker” bila korang sampai di hadapan restoran

Langkah 5: Tunggu dalam kereta dan pesanan korang akan dihantar terus ke kenderaan.

Untuk pengetahuan korang, servis Pandu Ambil Domino’s Pizza ada di semua cawangan seluruh negara kecuali, Domino’s Pizza Dang Wangi, The Weld, Dato Keramat dan Sri Hartamas.

Bagi memastikan amalan kebersihan dan penjarakan sosial dipraktikkan, servis Pandu Ambil Domino’s Pizza menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan dan tanpa tunai 100%. Bagi yang tak memiliki kad kredit atau debit, korang boleh pilih kaedah pembayaran tanpa tunai yang lain seperti GrabPay atau perbankan dalam talian.

Tawaran terhad, nikmati diskaun 50 peratus untuk semua jenis pizza. Wow!

Memahami impak ekonomi yang mengubah corak perbelanjaan masyarakat akibat wabak pandemik COVID-19. Domino’s Pizza kini menawarkan diskaun 50 peratus untuk semua pizza jenis regular/large/ dan Xtra large dengan pembelian secara pesanan bawa pulang, Dine-In, PotongQ dan Pandu Ambil.

Ini bagi memastikan korang masih dapat menikmati pizza pada harga mampu milik tanpa perlu mengokosongkan poket. So, sekaranglah masanya untuk korang reward diri dan yang tersayang dengan Domino’s Pizza,  korang boleh jimat sehingga RM 26.45 untuk pizza yang ditempah tau. Bestnya!

Segera order pizza kegemaran korang di Domino’s Pizza, sebab tawaran ni dah pun bermula sejak 13 Julai sehingga tempoh waktu yang terhad je. Klik je kat SINI untuk buat tempahan korang sekarang!

Di Domino’s Pizza pelanggan merupakan keutamaan nombor satu dan mereka sentiasa mahukan pelanggan mendapat nilai penjimatan hebat setiap kali menikmati pizza kegemaran.

Jom order Domino’s Pizza. Semestinya Lebih Mudah!

Lepas ni kalau nak makan pizza, tak perlu rasa risau nak turun kereta sebab muka tak siap atau kena tinggalkan anak dalam kenderaan. Guna je perkhidmatan Pandu Ambil Domino’s Pizza.

Lebih mudah, cepat dan selamat. Kalau korang nak tau lebih lanjut memgenai perkhidmatan ni, klik je kat SINI.

Jom order Pandu Ambil dengan Domino’s Pizza!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×