Pernah tak korang rasa malas untuk pergi ke bank untuk berurusan? Yelah, kadang-kadang perjalanan 10 minit ke bank juga boleh menjadi perjalanan yang pahit dengan menempuh kesesakan jalan dan mencari tempat letak kereta sebelum berlari mendapatkan nombor giliran di kaunter.
Dah dapat nombor, kena menunggu pula, sudahnya urusan yang nak diselesaikan tadi tu tertangguh dek malas nak menunggu lama-lama di bank. Dah, tak perlu risau lagi, kini urusan korang akan jadi mudah dengan adanya MBSB Bank. Nak tau kenapa? Jom kami kongsi dengan korang apa kelebihannya.
MBSB Bank lancarkan “M Journey virtual branch” untuk korang semua!
Kalau korang nak tahu, MBSB Bank sekarang telah melancarkan M Journey virtual branch dimana korang semua tak perlu lagi pergi ke fizikal bank untuk berurusan. Wahhh macam mana tu?
Ha…M Journey ini menyediakan kemudahan perkhidmatan perbankan internet yang ringkas dan mesra pengguna untuk korang semua. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti membuka Akaun Semasa dan Simpanan (CASA), Mohon Pembiayaan Peribadi, Aktifkan kad Debit dan pendaftaran M Journey Online Banking.
Wahhh! Banyak juga kan urusan yang korang boleh setel melalui online. Tak payah nak guna sebarang tenaga fizikal mahu pun mental pun dengan adanya M Journey ni. Paling best, dapat jimat masa pulak tu!
Bukan tu saja, M Journey juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan lain yang korang perlukan!
Selain daripada perkhidmatan yang kami sebutkan tadi, M Journey juga akan memudahkan korang untuk akses maklumat akaun dalam talian yang terkini seperti:
- Muat turun dan cetak penyata
- Pertanyaan Status Akaun
- Pengurusan Cek
- Penukaran nombor PIN ATM
Bukan tu saja, jenis-jenis Perkhidmatan Bayaran atas talian yang ditawarkan pun ada, ia termasuklah Kad Debit dengan aplikasi “MyDebit” dan “Visa Debit” SWIFT.
Yang penting, korang kena ada akaun M Journey dulu lah ye sebelum nak gunakan perkhidmatan mereka sediakan tu.
Jadi, jom check out M Journey virtual branch di MBSB Bank sekarang jugak!
Korang tunggu apa lagi tu? Kalau taknak pening kepala nak beratur dan pergi ke fizikal bank untuk berurusan, korang boleh terus aktifkan akaun M Journey untuk alami kemudahan perbankan secara digital hari ini!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web MBSB Bank di SINI.