berita

Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM85 & Pakej Percutian Istimewa Sekitar Selangor!

December 7th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Sejak kerajaan dah bagi peluang untuk rentas negeri ni, ramai yang ambil peluang untuk pulang ke kampung dan ada yang merancang untuk bercuti sambil meneroka destinasi menarik di negeri lain. Begitu juga mereka yang berada di luar Lembah Klang yang rindukan ibu kota Kuala Lumpur dan Selangor.

Ha…kalini Malaysia Airlines nak korang rasai sendiri percutian yang menarik dan berbaloi. Nak tau apa yang mereka tawarkan? Baca dekat bawah ni….

Tempah tiket dengan harga dari RM85 sehala

Kalau korang nak tahu, bermula harini hingga 12 Disember nanti, korang boleh mula menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menerokai Selangor bermula dengan harga serendah RM85 je sehala tau!

Selain itu, buat korang yang merancang untuk ke negeri bawah bayu atau borneo pun ada juga promosi bagi penerbangan ke sana. Harga bermula dari RM129 bagi penerbangan ke Sarawak dan juga RM169 je sehala untuk ke Sabah. 

Tempoh perjalanan boleh dibuat mulai sekarang hingga 30 Jun 2022 je tau! Jadi, korang dah boleh rancang percutian tu dari sekarang ya…

Berpeluang mendapat promosi & tawaran hebat dari MHholidays!

Selain dari pakej penerbangan, mereka juga menyediakan perkhidmatan pelancongan terbaharu menerusi MHholidays tau! Menariknya, korang berpeluang untuk mendapat elaun bagasi 40kg, makanan dalam kapal serta pemilihan tempat duduk secara percuma dan memperolehi mata Enrich.

Korang juga boleh nikmati penjimatan hebat sehingga 25% bila korang menempah pakej pelancongan dan penginapan hotel yang sedia ada dalam talian. Memang jimat dan berbaloi gilaaaa wehhh! 

Jadi, yang mana tengah cari hotel yang menarik untuk penginapan di Lembah Klang tu, boleh lah buat pilihan di sini.

Salah satunya adalah di Hotel Sunway Pyramid. Hotel ini bermula dari RM 399 sahaja dan korang boleh menikmati penginapan 2 hari 1 malam bagi dua dewasa dan dua kanak-kanak. 

Selain itu, ada juga beberapa promosi yang ditawarkan oleh Hotel Sunway Pyramid ni untuk korang iaitu:

  • Sarapan pagi untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak
  • Satu sesi luncur ais di Sunway Pyramid Ice untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak ATAU satu permainan boling di Sunway Mega Lanes untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak ATAU baucar bernilai RM100, boleh ditebus di kedai F&B yang terpilih di Sunway Pyramid.
  • Berpeluang untuk mendapat bubble tea percuma untuk empat orang (boleh ditebus melalui aplikasi Sunway Pals), kek hari jadi percuma dalam bulan hari jadi korang serta boleh upgrade bilik secara percuma.

Bukan tu je, korang juga boleh nikmati pakej percutian ekslusif dengan Journify!

Untuk pengetahuan korang semua, Journify ni adalah salah satu laman web dimana korang boleh cari apa saja maklumat yang korang perlukan di Journify, termasuk tempat makan terbaik, tempat yang boleh dilawati, tempat membeli-belah dan banyak lagi.

Jadi, memang sesuai sangat untuk korang yang nak me time ataupun bercuti dengan family tu sebab mereka ada menyediakan pakej dibawah ni: 

1. Pakej 2H1M Takes 2 to Play – RM588 untuk dua dewasa di Journify

  • Penginapan 2 hari 1 malam untuk 2 Dewasa di Hotel Sunway Pyramid / Hotel Sunway Clio
  • Sarapan untuk 2 orang
  • Kemasukan Sehari ke Sunway Lagoon untuk 2 Dewasa
  • Kit Makanan Haiwan x1
  • Kredit beli-belah bernilai RM50 melalui Sunway Pals Points
  • Baucar beli-belah bernilai RM150, hanya valid untuk kedai terpilih di Sunway Pyramid

2. Pakej 3H2M Splashing Break – RM788 untuk dua dewasa di Journify

  • Penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 Dewasa di Hotel Sunway Pyramid / Hotel Sunway Clio
  • Sarapan untuk 2 orang
  • Kemasukan Sehari ke Sunway Lagoon untuk 2 Dewasa
  • Kit Makanan Haiwan x1
  • Kredit beli-belah bernilai RM50 melalui Sunway Pals Points
  • Baucar beli-belah bernilai RM150, hanya valid untuk peniaga terpilih di Sunway Pyramid

3. Pakej 3H2M Free & Leisure – bermula dari RM358

  • Penginapan 2 malam di Hotel Sunway Pyramid
  • Sarapan pagi setiap hari
  • Menyediakan servis pemindahan lapangan terbang

4. Pakej 3H2M City/ Countryside Experience

  • Penginapan 2 malam di Hotel Sunway Pyramid
  • Sarapan pagi setiap hari
  • Menyediakan servis ke lapangan terbang (45 minit/sehala)
  • Private Tour – City & Countryside Delights Tour selama 4 jam 

Ha…macam mana? Best kan pakej-pakej yang ada di Journify ni. Tapi, kalau korang rasa macam nak pergi tempat lain yang menarik selain dari yang kat atas tu pun boleh je, sebab mereka menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh korang cuba, sambil menikmati harga diskaun. Antaranya:

Jom rancang percutian & penginapan yang menyeronokkan dengan Malaysia Airlines hari ini!

Jadi, korang tunggu apa lagi tu? Promosi dan tawaran hebat dah ada depan mata ni…Boleh lah mula merancang percutian korang dengan Malaysia Airlines cepat-cepat.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh je layari laman web Malaysia Airlines ni. Ada macam-macam lagi yang mereka tawarkan dengan harga yang jauh lebih murah.

SKIP THIS AD ×