berita

Malaysia Antara 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Dunia Sepanjang 2018

December 7th, 2018 | by Amat
Travelogue

2018 bakal melabuhkan tirai lebih kurang tiga minggu saja lagi. Sepanjang tahun ini terdapat pelbagai destinasi perlancongan yang menarik menjadi pilihan pelancong untuk makan angin bersama keluarga.

Berdasarkan laporan Euromonitor International telah menyenaraikan 10 destinasi pelancongan terbaik dunia 2018. Negara Malaysia mengekalkan rekod dalam kelompok 10 destinasi pelancongan terbaik dunia.

1. Hong Kong

Hong Kong merupakan wilayah pentadbiran khas China yang terletak di bahagian Tenggara China. Dengan keluasan seluas 426 batu persegi bandar ini merupakan salah satu pusat kewangan, perbankan dan perdagangan utama dunia. Antara tempat pelancongan menarik di Hong Kong ialah menikmati persembahan “A Symphony of Lights” di Avenue of StarsMadame Thousand yang mempamerkan patung lilin orang-orang terkenal di dunia dan Hong Kong Disneyland di Lantau Island.

2. Bangkok, Thailand

Tahukah anda bahawa ibu negara Thailand ini turut menyimpan banyak tarikan unik dan misteri? Bangkok antara destinasi kegemaran pelancong dari luar negara dan terdapat pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah Khao San Road, Pasar Minggu Chatuchak mempunyai pelbagai jenis makanan dan pakaian yang boleh anda beli dan Sungai Chao Praya memberi anda pandangan semulajadi sungai terbesar di Thailand ini.

3. London, UK

Boleh dikatakan London adalah kota Eropah yang paling terkenal dan menerima kunjungan terbanyak daripada rakyat Malaysia. Setiap hujung tahun ketika musim cuti sekolah, anda boleh melihat ramai rakyat Malaysia di merata jalan di London. Ini adalah lokasi yang paling wajib anda pergi termasuk Big Ben yang merupakan mercu tanda bagi kota London seperti mana Menara KLCC di Malaysia.

Tower Bridge juga menjadi tempat yang mana anda dapat melihat ramai pelancong berkumpul untuk bergambar. Ia merupakan jambatan yang paling terkenal di seluruh dunia. Anda juga boleh ke King Cross Station untuk bergambar seolah dalam filem Harry Potter!

4. Singapura

Sebut sahaja Singapura, pasti ramai yang beranggapan ia destinasi pelancongan yang sesuai buat golongan berada memandangkan ia menawarkan pusat membeli-belah serta hotel mewah. Kerlipan ribuan lampu dalam sebuah ruang membuatkan anda rasa seperti berada di angkasa lepas. Itu antara pengalaman yang dapat dirasai jika berkunjung ke Muzium Artscience.

Selain itu, Clark Quay juga terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-19 kini telah berubah wajah di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan waktu malam melalui Singapore River Cruise yang menjanjikan pengalaman mengujakan!

5. Macau

Mengunjungi Macau memberi peluang untuk anda menerokai keunikan wilayah yang pernah menjadi sebahagian daripada pelabuhan penting laluan sutera dunia. Macau memiliki tarikan tersendiri sama ada kemewahan hotel, aneka motif struktur binaan, limpahan cahaya berwarna-warni pada sebelah malam, ketenangan perkampungan nelayan yang nostalgia mahupun tinggalan sejarah dipengaruhi elemen kolonial Portugis.

6. Paris

Paris dikenali sebagai kota popular dengan tempat-tempat pelancongan, fesyen dan juga pusat-pusat perniagaan. Ibu negara Paris ini bukan sekadar menara Eiffel yang terkenal dengan pemandangan yang romantik, ianya lebih dari itu. Terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi sepanjang anda berada di Paris dan antaranya ialah The Louvre dan Musee d’Orsay.

7. Dubai, UAE

Tidak dinafikan kehebatan Dubai sebagai destinasi pilihan beli-belah terbaik buat golongan elit, namun itu tidak bermakna ia tidak sesuai dikunjungi kumpulan berpendapatan sederhana bagi merasai keajaiban yang terdapat di sebuah wilayah terbaik di Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Antara tempat menarik di Dubai yang boleh anda lawati ialah The Dubai Mall, Burj Khalifa dan Palm Jumeirah.

8. New York, AS

Kota New York (NY) merupakan sebuah kota yang seringkali muncul di kaca TV. Secara tak langsung Kota NY kerapkali sudah kita kunjungi di kaca TV. Jika anda ke New York, jangan lupa bergambar di Statue of Liberty, Ellis Island dan Bull of The Wall Street.

9. Kuala Lumpur, Malaysia

Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah kota yang hidup tidak kira siang atau malam. Banyak aktiviti menarik untuk dibuat di bandaraya yang bertaraf dunia ini. Dari aktiviti yang lasak ke aktiviti yang santai, banyak yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. Antara tempat wajib anda singga apabila berada di Kuala Lumpur ialah Taman Burung Kuala Lumpur, Petrosains dan Aquaria KLCC.

10. Shenzhen, China

Shenzhen sebuah bandar yang dibangunkan dalam tempoh lima tahun dahulunya hanya kota yang dikelilingi dengan hutan. Shenzhen kini semakin membangun memasuki usia 30 tahun sejak penubuhannya. Jangan lupa untuk ke Happy Valley, Benteng Dapeng dan Pingshan Hakka Village.

Ini merupakan 10 senarai destinasi pelacong terbaik sepanjang tahun 2018. Tak sangka Malaysia menjadi salah satu destinasi menarik dan ramai pelancong datang bertandang.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×