berita

Malaysia Antara Negara Terbaik Menguruskan Covid-19, Turut Tersenarai Dalam Indeks Pemulihan Nikkei

November 14th, 2022 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Kredit foto: Astro Awani

Penularan wabak Covid-19 merupakan cabaran getir yang bukan sahaja mempertaruhkan kesihatan orang ramai malah kestabilan ekonomi negara.

Walaubagaimanapun, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat Malaysia apabila berjaya mendepani krisis kesihatan global dengan berkesan dan membanggakan sehingga tersenarai dalam The Covid Resillience Ranking yang dikeluarkan oleh Bloomberg dengan menduduki tangga ke 19 pada carta berkenaan.

Lebih manis lagi, Badan Pemikir Polisi Lowy Institute menamakan Malaysia sebagai negara ke-16 terbaik bagi menguruskan Covid-19¹.

Institut yang berpusat di Sydney itu, menilai 98 buah negara lain dan menyenaraikan Malaysia di hadapan Finland, Norway serta Korea Selatan dengan nilai purata 71% pada 2021.

Pada 2022, negara sekali lagi menjadi sebutan dunia apabila disenaraikan dalam Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, Kali ini Malaysia berjaya menduduki tempat ke-13 apabila memperolehi nilai mata sebanyak 66.5².

Berjaya mencapai imuniti kelompok

Tahukah korang, rekod vaksinasi Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia? Pada September 2021, Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok dengan bilangan 80% populasi penduduk dewasa lengkap divaksin.

Setakat Ogos 2022, 84.1% populasi negara termasuk kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya dua dos vaksin.

Percapaian ini bukan sahaja berjaya melindungi kita dari risiko Covid-19 yang lebih bahaya tetapi turut membolehkan kegiatan ekonomi untuk kembali rancak demi kelangsungan hidup bersama.

Negara memasuki fasa ‘Peralihan ke Endemik’

Kredit foto: BH

Usaha keluarga Malaysia termasuk pekerja barisan hadapan, masyarakat dan kerajaan akhirnya membuahkan hasil apabila 1 April diumum Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai tarikh rasmi negara untuk bergerak ke fasa Peralihan Endemik.

Selari dengan peralihan tersebut, Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk kegiatan harian turut dilonggarkan.

Namun, mengambil kira akan risiko yang masih ada, Kementerian Kesihatan telah menyediakan panduan kepada rakyat Malaysia untuk ‘hidup bersama Covid-19’.

Kini Malaysia bersedia untuk membangun semula dalam norma yang baharu.

Rujukan:

  1. https://www.malaysianow.com/my/news/2021/01/28/malaysia-antara-20-negara-terbaik-tangani-covid-19-kata-kajian
  2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/909670/malaysia-tangga-ke-13-pemulihan-covid-19

SKIP THIS AD ×