berita

‘Malaysia Dah Semakin Hancur’ – Netizen Bengang Penganjuran Expo Tatu Separuh Bogel

December 2nd, 2019 | by Amat Larbsib
Isu & Kontroversi

Viral beberapa foto di media sosial menyaksikan beberapa individu tampil dalam separuh bogel dalam acara Malaysia Tatoo Expo 2019. Rata-rata tidak bersetuju dengan penganjuran acara sedemikian yang bertentangan dengan agama dan nilai moral masyarakat di Malaysia.

Lebih menimbulkan kemarahan lagi apabila netizen mendapati acara itu mendapat sokongan dari kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Penyertaan lebih 40 buah negara

Difahamkan acara yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre ini mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) setelah viral pada poster di acara tersebut. Acara ini turut menampilkan lebih 60 artis tatoo dari 40 buah negara termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Thailand, India dan banyak lagi.

Semakin hancur dah Malaysia ni

Dah semakin teruk

Rata-rata netizen meluahkan kekesalan terhadap sistem pentadbiran politik Malaysia yang kurang memantau isu sebegini. Malah, mereka turut menyifatkan Malaysia yang berstatus sebagai negara Islam semakin musnah disebabkan penganjuran acara separuh bogel sedemikian.

Sumber: Malaysia Tatoo Expo, Mynewshub