berita

Malaysia Halang Kakitangan & Pegawai Kedutaan Korea Utara Keluar Lepas Melarang Rakyat Kita Keluar Dari Negara Mereka

March 7th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2017-03-07 at 11.40.35 AM

Sejak kes kematian Kim Jong-nam berlaku di Malaysia baru-baru ni, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara boleh dikatakan agak terkesan. Hari ni kita dikejutkan dengan berita bahawa rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara tidak dibenarkan keluar dari negara itu.

Dilarang keluar Korea Utara

Screen Shot 2017-03-07 at 11.44.16 AM

Menurut laporan Berita Harian, Pyonyang tidak membenarkan semua rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara. Larangan tersebut berpotensi menjadikan rakyat Malaysia jadi sebagai tebusan berikutan hubungan diplomatik yang semakin tidak tentu arah susulan pembunuhan Kim Jong-nam di Kuala Lumpur beberapa minggu lepas.

Menurut agensi berita rasmi KCNA;

Semua warga Malaysia di DPRK (Republik Demokratik Rakyat Korea) dilarang daripada meninggalkan negara ini buat sementara waktu, sehingga kejadian yang berlaku di Malaysia diselesaikan dengan betul.

Laporan Astro Awani, terdapat 9 orang rakyat Malaysia dipercayai berada di Korea Utara. Tiga orang dari staf embassy dan 6 orang ahli keluarga.

 Dan ini info terbaru dari Berita Harian OnlineScreen Shot 2017-03-07 at 11.42.53 AM

Sumber: Berita Harian Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×