berita

Malaysia Masuki Fasa Endemik Bermula 1 April, Pintu Sempadan Dibuka Sepenuhnya

March 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri menerusi sidang media khas sebentar tadi, memaklumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April ini.

Masuk fasa peralihan endemik

Bermula 1 April pemakaian pelitup (face mask), pendaftaran MySejahtera masih diwajibkan dan had waktu operasi bagi premis dimansuhkan (mengikut lesen). Bukan itu sahaja, tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti berkumpulan namun penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan untuk dipraktikkan oleh orang awam.

Menerusi sidang media itu juga, Ismail menjelaskan solat jemaah di masjid atau pun di surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Selain daripada itu, pintu sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April ini.

Bagi mereka yang sudah lengkap divaksin tidak perlu lagi menjalani kuarantin dan hanya perlu melakukan ujian polymerase chain reaction (PCR) sebelum berlepas dan ujian kit pantas (RTK) sebaik tiba.

Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SKIP THIS AD ×