Nama pempengaruh media sosial Malia Baby semakin mencuri perhatian ramai apabila dia mula melibatkan diri dalam bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Sekarang Memang Orang Macam Kami Ramai Yang Nak, Jadi Saya Tak Terasa’ – Shaf Naufas
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Malu Sangat Ke? Nak Letak Sekeping Poster Dekat Feed’ – Shuhaimi Lua
Diberi peluang berlakon filem pula
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Malia mengakui dia semakin menerima banyak tawaran berlakon sejak kebelakangan ini.
Tambah pelakon drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ ini lagi, dia sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi dalam filem seram komedi berjudul Pontianak 200KG terbitan Primeworks Studio dan Metrowealth.
Alhamdulillah kali ini saya diberi peluang untuk membintangi filem selepas beberapa kemunculan dalam drama TV.
Saya bersyukur apabila kerjaya seni saya sebagai pelakon sudah mula membuahkan hasil dan perlahan-lahan diintai oleh syarikat produksi. Sejujurnya saya memang sudah lama menanam impian untuk menjadi pelakon.
Tak sangka salam pengenalan sebagai pempengaruh TikTok, memberi laluan mudah untuk saya terjun dalam bidang ini.
Saya berjanji akan memberikan sepenuh komitmen dan menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Malia yang ditemui pada Tayangan Perdana Filem Pontianak 200KG di Pavilion, Bukit Bintang, baru-baru ini, turut memberitahu dia tidak kisah untuk melakonkan apa saja karakter mencabar.
Dari kecil saya suka bercakap seorang diri dan gembira sebab dapat berlakon jadi orang lain. Senang cakap, berlakon memang buat saya gembira. Sebab itu saya pilih untuk jadi pelakon.
Saya memang teringin nak bawa watak yang berat dan mencabar seperti watak jahat. Saya rasa muka, suara, cara, gaya saya memang sesuai untuk pegang watak jahat.
Tak perlu jalani latihan
Menurut Malia, dia mendapat tawaran berlakon filem daripada pihak produksi selepas mereka melihat kandungan unik yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.
Alhamdulillah perancangan Tuhan untuk saya terjun dalam bidang ini memang disusun cantik. Saya sangat bertuah dan bersyukur dengan rezeki ini.
Malah ketika dapat tawaran berlakon dalam filem ini pun saya tak perlu menjalani sebarang latihan, sebaliknya mereka meminta saya mengekalkan watak saya yang mempunyai ‘slang’ pelik dan gedik ketika merakam video mencuri perhatian pihak produksi.
Namun, cabaran dalam filem ini mereka tidak mahu saya membawa watak yang biasa saya lakukan di TikTok, tapi perlu mengekalkan ‘slang’ itu dengan cara yang lebih santai kerana saya perwatakan saya agak kasar dan seorang penghantar makanan.
Tapi setiap cabaran itu saya cuba buat yang terbaik dan harapnya penonton akan terhibur dengan watak saya bawakan.
Cabaran lain adalah lokasi penggambaran yang terletak jauh dari Kuala Lumpur. Kadangkala ‘call time’ saya awal pagi atau tengah malam, tapi harungi dengan penuh positif kerana saya percaya bukan mudah nak berjaya.
Sekadar info, filem Pontianak 200KG arahan Suhaimi Lua ini turut dibintangi Aya Amiruddin, Dottie, Ropie, Ziana Zain, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad dan Apich Lo.