Perkongsian terbaharu oleh dua penyanyi rap terkenal iaitu Malique dan Zizi Kirana telah mencetus pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Cukup Saya Minta Izin Suami’ – Zizi Kirana Tak Tersinggung Dengan Kenyataan Pereka Fesyen Terkenal Persoal Isu Mahram

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Meremang Dengar Lagu Baru Malique Gabung Suara Dengan Mona Fandey – ‘Seram Tapi Lirik Padu’

Hospital Bahagia

Menerusi hantaran di Instagram, Zizi atau nama lengkapnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, dilihat sedang berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Bagaimanapun, Zizi tidak menyatakan tujuan sebenar dirinya ke pusat kesihatan mental itu dan hanya menulis kapsyen ringkas.

Tidak semua luka nampak di mata.

Ada jiwa yang sedang berjuang dalam diam.

Perkongsian Malique

Sebelum ini, Malique yang juga merupakan komposer terkenal turut memuat naik foto di lokasi sama namun, hanya memaparkan pintu masuk ke hospital tersebut.

Pelantun lagu, Alhamdulillah itu bagaimanapun tidak menulis sebarang informasi atau kaspyen di hantarannya, sekaligus telah mencetus pelbagai persoalan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa Malique dan Zizi berkemungkinan sedang menjalankan sebuah projek bersama dan bakal mengeluarkan sebuah karya hebat.

Tidak hanya itu, warganet juga membuat spekulasi bahawa keberadaan dua penyanyi rap berkenaan di hospital tersebut adalah untuk melawat rakan seindustri mereka iaitu Yasin Sulaiman dan menjalinkan kolaborasi.

Sekadar info, pada 28 April lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya telah membebaskan Yasin daripada hukuman penjara seumur hidup serta enam sebatan di atas tiga kesalahan berkaitan dadah.

Namun, pemilik nama Muhammad Yasin Sulaiman, 50, itu telah diperintahkan untuk dihantar ke hospital berkenaan.

Sumber: IG Malique & IG Zizi Kirana