berita

Malu Nak Pergi Hospital, Kemaluan Lelaki Tersangkut 5 Hari Dalam Batang Paip Kehitaman & Hampir Reput

January 16th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Dek kerana terlalu malu kemaluannya tersangkut di dalam paip besi, seorang pemuda berusia 21 tahun dari Thailand sanggup membiarkan sehingga 5 hari. Dia terpaksa mengambil keputusan untuk ke hospital selepas mendapati kemaluannya bengkak di dalam paip. Alahai macam-macam ragam.

Kemaluan bengkak teruk

Difahamkan, mengikut sumber Daily star, lelaki itu menggunakan paip besi sebagai ‘mainan seks’ untuk tujuan kepuasan sendiri. Namun siapa sangka kegembirannya itu bertukar menjadi tragedi dan dia berasa malu untuk meminta bantuan dari sesiapa.

Sebelum insiden memalukan itu berlaku, mangsa membalut kemaluannya menggunakan stokin sebelum memasukkan kemaluannya ke dalam lubang batang paip berukuran lima sentimeter panjang itu. Selepas kegembiraannya memuncak, kemaluannya bengkak teruk dan darah tidak dapat mengalir dengan sempurna lalu tersangkut.

Tiga jam cuba membebaskan kemaluan

Menurut pemuda itu, dia cuba mencari jalan untuk membebaskan kemaluannya itu termasuk menggunakan pelincir tetapi menemui kegagalan. Kemaluannya pula bertukar menjadi kehitaman dan lebam. Memandangkan tiada lagi cara lain yang boleh dilakukan, akhirnya dia pergi ke sebuah hospital di Bangkok, Thailand Ahad lalu dan menjelaskan bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Pasukan perubatan mengambil masa selama tiga jam untuk cuba memotong batang besi itu dan sebanyak 25 mata pisau dibazirkan untuk menyelamatkan lelaki berkenaan. Sementara itu menurut doktor, mangsa berisiko kehilangan alat kemaluannya kerana kulit di bahagian itu sudah mereput teruk dan tisu-tisunya turut terjejas.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×