berita

Malu & Takut Nak Beritahu Isteri, Lelaki Derita Botol Air Tersumbat Dalam Dubur Selama 6 Bulan

August 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki dikejarkan ke bahagian kecemasan di sebuah hospital selepas mengalami sembelit dan sakit yang teruk akibat botol air tersumbat dalam duburnya.

Botol tersumbat dalam dubur

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Star, mangsa terpaksa menaggung derita kerana takut dan malu memberitahu isterinya bahawa terdapat botol air yang tersumbat. Difahamkan, mangsa yang berusia 50 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami aneroksia, sakit perut dan mengalami kesukaran untuk membuang air besar selama tiga hari berturut-turut.

Menurut pasukan perubatan, mangsa tidak kelihatan sakit semasa pemeriksaan pada Februari lalu meskipun keputusan ultrasound menunjukkan terdapat bendasing yang tersumbat dalam duburnya. Berikutan daripada itu, pembedahan telah dijalankan dan botol air bersaiz 193mm panjang dan 47mm berjaya dikeluarkan.

Mangsa yang mengalami masalah kemurungan sebelum ini telah dirujuk kepada pakar psikiatri dan telah ditahan di hospital selama lima hari untuk pemeriksaan lanjut. Menerusi laporan, kebiasannya bendasing yang dimasukkan ke dalam dubur bertujuan untuk kepuasan seksual.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×