berita

“Malunya Dahi Penuh Tiny Bumps!” – 7 Tips Untuk Hilangkan Tiny Bumps Dengan Efektif!

June 26th, 2019 | by Azyan
Kini Trendy

Benda paling runsing bila muka ada banyak jerawat pasir. Ada orang panggil tiny bumps. Tak suka kan tengok jerawat kecik-kecik macam ni? Nak keluar pun rasa malu sebab kalau tutup dengan makeup pun tetap nampak jugak.

Tak apa! Hari ni Sis Katy nak share dekat korang macam mana nak kurangkan jerawat pasir ni. Lepas ni, confidentlah sikit keluar!

1. Jaga Basic Skincare Korang!

Tak kisahlah korang ada skin problem macam mana sekalipun, tetap kena jaga basic skincare. Senang je! Korang just ingat cleanser-toner-moisturizer-sunscreen. Ikut je step ni, sure muka korang kembali flawless. Effect dia bergantung pada jenis kulit korang jugak. Ada cepat, ada yang lambat.

2. Guna Oil Cleanser

Oil cleanser ni bagus sebab dia cuci dalam pori-pori korang. Kalau nak cuci makeup tu memang takkan tinggalkan bekas makeup lah! Tapi, penting untuk pilih oil cleanser yang sesuai dengan kulit wajah korang tau! Tak semua oil cleanser sesuai dengan muka korang.

3. Hydration Is Key!

Ingat! Kunci untuk kulit flawless ialah hydration! Tak kisahlah skin type korang apa, korang kena pastikan kulit muka sentiasa lembap. Belilah moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit dan bila muka korang hydrate, jerawat pasir pun akan kurang naik!

4. Jangan Lupa Exfoliate

Korang wajib exfoliate muka korang 2-3 kali seminggu untuk buang sel kulit mati. Barulah pori-pori korang tak tersumbat! Ada 2 jenis exfoliant iaitu physical dan chemical exfoliant yang boleh korang guna. Chemical exfoliant sesuai untuk korang yang ada tak skip basic skincare. Kalau korang jenis skip, takut nanti makin teruk jerawat korang.

5. Buang Makeup Dengan Betul

Nampak remeh kan? Tapi, benda ni jugaklah boleh jadi penyebab muka korang berjerawat. Korang boleh guna makeup wipes, micellar water dan oil cleanser untuk cuci makeup korang.

6. Guna Clay Mask

Clay mask bagus untuk buang sel kulit mati dan juga excess sebum. Korang boleh beli clay mask yang bersesuaian dengan kulit korang. Guna clay mask sebanyak 1-3 kali seminggu dan jangan lupa untuk hydrate kulit muka lepas guna sebab dia agak mengeringkan wajah.

7. Pastikan Skincare Routine Korang Simple

Tak perlu nak beria pakai skincare banyak-banyak. Make it simple. Macam yang Sis Katy cakap awal-awal tadi, basic skincare pun dah cukup. Tapi, korang kena pastikan yang kulit korang dapat segala nutrient yang ada.

Senang je kan nak jaga muka ni. Kalau korang ikut tips ni gerenti muka korang akan bersih semula. Yang penting, kena disiplin menjaga rutin penjagaan wajah korang. Barulah tak naik jerawat kecik.

Korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.

SKIP THIS AD ×