berita

‘Mama Ambil Kayu Hoki Nak Pukul Saya’ – Anak Usahawan Kosmetik Dedah Cerita Sebenar Dipukul

June 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kisah seorang gadis yang didakwa telah dikasari oleh ibu serta bapa tirinya menjadi perbualan hangat para netizen pada hari ini. Punca pergaduhan berlaku dikatakan disebabkan dia memuat naik status WhatsApp mengenai harta.

Artikel berkaitan : Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak, Tak Puas Hati Status WhatsApp Pasal Harta

Sebelum ini, ibunya yang merupakan usahawan kosmetik itu telah ditahan oleh pihak polis kerana memukul anak perempuannya yang berumur 16 tahun itu sehingga mengalami kecederaan.

Gara-gara status WhatsApp

Menerusi posting yang dimuat naik oleh gadis itu yang dikenali sebagai Puteri Ekora di akaun Facebook miliknya, dia mendakwa telah dipukul semasa suaminya keluar untuk membuat penghantaran barang.

Mama pergi ketuk pintu bilik dan saya keluar dari bilik. Baapa tiri saya suruh saya duduk di atas kerusi. Mama dan bapa tiri saya marah kerana saya buat status WhatsApp tentang mama. Bapa tiri saya menarik dan lalu menampar saya menggunakan tangan kerana saya lari dari mama.

Mama pukul saya di kepala dengan menggunakan telefon bimbit sebanyak dua kali dan menyepak saya di bahagian tekak kiri.

Lebih mengejutkan lagi apabila ibunya didakwa sanggup menghayunkan sebatang kayu hoki ke arahnya, mujur dia sempat melarikan diri.

Diugut suruh bercerai bersama suaminya

Bukan itu sahaja, bapa tirinya turut mengugut mahu melaporkan kepada polis atas dakwaan rogol sekiranya suaminya membawa dia keluar dari rumah itu.

Bapa tiri saya ugut kalau suami bawa saya lari dari rumah bapa tiri saya, dia akan membuat report kes rogol dan mama saya bagitau kalau suami saya bawa saya keluar selangkah keluar pagar dari rumahnya dia akan suruh bercerai.

Di penghujung posting, remaja berumur 16 tahun itu mendakwa dia telah dikasari sejak kecil lagi dan tujuan dia meluahkan perkara ini adalah kerana dia hanya mahu keadilan untuk dirinya sebagai anak yang teraniaya.

Sumber : Puteri Ekora

SKIP THIS AD ×