berita

‘Mama Tahu Baby Dah Tak Sakit, Cantik Dekat Sana’

October 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita berkongsi kisah penderitaan yang ditanggung bayinya selepas dilahirkan. Menurut Nik Liyana, anak perempuannya itu disahkan menghidap penyakit jantung dan masalah saluran sempit. Lebih menyedihkan, bayi tersebut disahkan meninggal dunia semalam selepas tiga bulan bertarung nyawa di hospital.

Dugaan tahun ini

Dekat sini ada tak ibu yang lepas-lepas lahir baru dapat tahu baby ada masalah jantung. Baby saya ada masalah saluran sempit jadi anak masih di nicu, walau dah bernafas macam biasa. Disebabkan anak tak boleh minum dengan botol, anak jadi mengah. Doktor masuk tiub untuk susu. Tak boleh tengok dan tak boleh jaga. Jadi kami tak tahu sangat apa jdi. Boleh tak ibu-ibu cerita pengalaman ibu-ibu dan tolong doakan anak saya Nur Khayra Mikayla supaya sembuh dan sihat seperti biasa.

Lahir musim Covid-19 ni memang mencabar kalau ada problem. Saya dan suami tak dapat tengok anak lagi sampai hari ni. Dah 21 hari dan msih mengira. Saya sempat sekali tengok 15 minit lepas 5 hari lahir. Suami saya hanya berapa minit untuk azan dan iqamat untuk anak betul-betul lepas lahir. Tak sempat nak tengok sepenuhnya anak. Dugaan kami untuk tahun ni.

Menurut Liyana, anaknya iaitu Nur Khayra Mikayla disahkan menghidap masalah jantung sejurus dilahirkan. Tambahnya, dia hanya berpeluang melihat anaknya itu selama 15 minit selepas lima hari melahirkan bayi tersebut. Manakala, suaminya pula hanya sempat untuk azan dan iqamat sahaja.

Sekarang tengah kritikal

Tolong doakan kesihatan anak saya. Sekarang ni tengah kritikal. Nur Khayra Mikayla. Baby lepas lahir terus detect sakit jantung TOF (tetralogy of fallot). Sepatutnya baby kena buat minor surgery sebelum raya haji hari tu. Tapi sehari sebelum baby dijangkiti kuman, kuman tu sangat degil. Sekarang masih ada kuman. Badan die pun dah bengkak disebabkan kuman tu. Kesihatan baby macam yoyo. Sekejap okay sekejap tak dan dia dikategorikan sebagai sakit tenat. Sudah beri sedatif untuk kurangkn sakitnya. Jadi dia hanya tidur sahaja.

Baby saya dah 3 bulan. 3 bulan la dia di hospital. Saya jarang post perihal anak saya tak silap saya post dulu sekali. Setiap kali saya tengok, setiap kali itulah air mata menitis. Saya masih menyalahkan diri saya. Baby jadi macam tu. Saya tahu die sakit. Kalau boleh, kepada semua warga Fb, doa supaya anak saya dihilangkan sakitnya. Sembuhkan dia. Semoga saya dan baby saya dipanjangkan jodohnya.

Hari berganti hari, Liyana memberitahu keadaan bayinya bertambah kritikal. Malah, jantung anaknya itu turut dijangkiti kuman. Oleh itu, badan bayi tersebut kian bengkak dan tahap kesihatannya semakin tidak baik. Sebagai ibu, Liyana sentiasa menitiskan air mata sebaik sahaja mengenang nasib yang terpaksa dilalui oleh anaknya sepanjang tiga bulan berada di hospital.

Selamat dikebumikan

Itulah pakaian Khayra pkai. Pertama dan terakhir. Puting pun tak sempat merasa. Allahu. Siapa yang tak sedih. Pakaian, rocker, stoking, lampin semua tak pernah guna lagi. Patutlah masa baby nak keluar payah betul mama nak beli itu ini. Tak macam abang dia. Dapat macam-macam dari kawan-kawan dan beli macam-macam juga. Rupanya baby nak pergi dan tak nak susahkan mama dan papa.

Alhamdulillah. Khayra dah selamat dikuburkn. Mama tahu baby dah tak sakit. Mama tahu baby cantik dekat sana. Main dengan baby lain. Mama tahu baby gembira dekat sana. Mama redha, terima dengan ikhlas. Allah sayang baby. Allah akan jaga baby selamanya.Allah sebaik-baik perancang. InsyaAllah. Baby mama usaha dekat sini nak jumpa dengan baby dekat sana. Pada warga Fb yang tidak putus doakan Khayra, berikan semangat pada saya, saya nak berterima kasih dan bersyukur. Nur Khayra Mikayla telah pergi pada 13/10 jam 12.40pm.

Semalam, Liyana memuat naik satu posting dan memberitahu bahawa anaknya Khayra telah meninggal dunia. Dia juga redha akan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Liyana juga mengucapkan jutaan terima kasih buat kenalan Facebook yang sentiasa mendoakan anaknya dan memberi sokongan buatnya sepanjang tempoh tiga bulan yang lalu.

Sumber: Nik Liyana via Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×