berita

‘Mama Tunggu Abang Yu Balik Sayang’ – Remaja Keluar COD iPhone Dah 5 Hari Hilang

March 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Amirul Syafiq dilaporkan hilang selepas dia ke Sungai Besi bagi membuat penghantaran barangan (COD) berupa telefon pintar iPhone kepada pelanggannya. Difahamkan, sudah masuk hari kelima mangsa hilang tanpa jejak dan hanya motosikal yang dinaikinya sahaja dijumpai. Bagaimanapun, laporan terhadap kes kehilangan remaja terbabit telah pun dibuat kepada pihak polis.

Terbaru, ibu mangsa iaitu Anna Rohana menerusi laman Facebook meluahkan kebuntuannya dan berharap agar mangsa pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Kuat bertahan sikit saja lagi

Menurut ibu mangsa, misi dan operasi pencarian anak lelakinya itu masih giat dijalankan oleh seluruh ahli keluarga. Dia turut buntu untuk menjejaki anaknya itu sejak hilang dari hari Sabtu lagi. Difahamkan, mangsa adalah seorang peniaga telefon bimbit dan membuat penghantaran tiga buah telefon berjenama iPhone 12. Dikatakan, jumlah keseluruhan harga bagi ketiga-tiga unit itu cecah RM17,000.

Kau pelik sangat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myrasudirman_ (@myrasudirman_)

Sementara itu, adik kepada Amirul Syafiq iaitu Myra Sudirman menerusi posting di laman Instagram turut dalam usaha mencari abangnya itu dengan meminta bantuan netizen. Kata Myra lagi, mangsa berkelakuan pelik beberapa hari sebelum kehilangan pada Sabtu lalu. Difahamkan, mangsa bertindak untuk belanja keluarganya makan walaupun dia mengatakan dirinya sibuk sejak kebelakangan ini. Dia turut sempat menghulurkan duit belanja kepada ibunya sendiri.

Sumber: Anna Rohana, Myrasudirman

SKIP THIS AD ×