Bakat menulis dengan tulisan yang cantik kebiasaannya sinonim dengan golongan wanita yang mementingkan kekemasan dan kesempurnaan. Di Instagram, seorang gadis yang dikenali sebagai Nur Izzati Abdul Rani merupakan salah seorang individu yang mampu menulis dalam pelbagai ‘font’ hingga mencuri tumpuan ramai.
Berlatih dan berusaha
Menerusi laporan Harian Metro, gadis kelahiran Ipoh, Perak ini memberitahu bahawa dia sudah bertahun-tahun berlatih dan berusaha untuk menulis dengan tulisan yang cantik. Tambahnya, dia mampu menulis pelbagai ‘font’ dan sangat berpuas hati dengan hasil tulisan sendiri.
Sebelum ini mak banyak kali tegur kerana tulisan saya agak tidak kemas. Saya mula tertarik dengan tulisan selepas melihat video di Instagram pada 2018. Sejak itu saya melatih diri dengan meniru ‘font’ yang ditetapkan. Saya mula dengan tulis 24 huruf secara berulang kali sebelum menukar kepada perkataan lebih panjang. Sekarang saya boleh menulis dalam tulisan berangkai yang saya belajar sejak 2016.
Bercerita mengenai bagaimana dia mampu menulis dengan cantik, Izzati berkongsi kisah di mana dahulu tulisannya kurang kemas dan tersusun. Namun, sejak itu dia melatih diri dengan meniru ‘font’ yang ditetapkan.
Antara koleksi tulisan kaligrafi
View this post on Instagram
Sumber: Izzati & Harian Metro